awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen pembangkang Thailand dihukum penjara kerana hina monarki

Bernama
Bernama
13/12/2023
15:05 MYT
Ahli Parlimen pembangkang Thailand dihukum penjara kerana hina monarki
Mahkamah Jenayah Bangkok pada Rabu mendapati Ahli Parlimen Parti Move Forward (MFP) Rukchanok Srinork bersalah kerana menghina raja. - Foto AP
BANGKOK: Seorang Ahli Parlimen pembangkang Thailand dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana menulis hantaran yang menghina monarki.
Mahkamah Jenayah Bangkok pada Rabu mendapati Ahli Parlimen Parti Move Forward (MFP) Rukchanok Srinork bersalah kerana menghina raja.
Ahli Parlimen berusia 29 tahun itu yang juga seorang aktivis didapati bersalah mengikut Seksyen 112 Kanun Jenayah dan Seksyen 14 (2) Akta Jenayah Komputer 2007.
Menurut kenyataan mahkamah, Rukchanok didapati bersalah atas dua hantarannya pada 2020 berkaitan monarki dan vaksin COVID-19 di platform media sosial Twitter yang kini dikenali sebagai X.
Beliau menafikan kesemua tuduhan.
Rukchanok dibenarkan diikat jamin 500,000 baht dengan syarat beliau tidak mengulangi kesalahan itu.
Menurut data Thai Lawyers for Human Rights (TLHR), sekurang-kurangnya 262 orang didakwa mengikut Seksyen 112 Kanun Jenayah sejak 2020 kerana menghina monarki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pembangkang
#Thailand
#dihukum penjara
#hina monarki
#Rukchanok Srinork
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan