awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Singapura cadang tiada kerja sekolah dua hari seminggu

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2014
09:22 MYT
Ahli Parlimen Singapura cadang tiada kerja sekolah dua hari seminggu
Biow Chuan membuat pemerhatian sama seperti orang dewasa "yang bekerja keras dan tertekan", pelajar juga merasai tekanan
Seorang ahli parlimen Singapura mencadangkan agar Kementerian Pendidikan republik itu menetapkan satu dasar supaya semua sekolah tidak memberikan kerja sekolah selama dua hari dalam seminggu untuk mengurangkan tekanan kepada murid dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Ahli parlimen itu juga mencadangkan agar kementerian tersebut mengurangkan kurikulum sekolah rendah dan menengah antara 20 hingga 30 peratus.
Ahli Parlimen Mountbatten, Lim Biow Chuan membuat pemerhatian sama seperti orang dewasa "yang bekerja keras dan tertekan", pelajar juga merasai tekanan.
"Ibu bapa bimbang kerana biarpun mereka memperuntukkan masa untuk anak-anak, anak-anak sebenarnya yang tidak ada masa lagi untuk mereka.
"Saya bimbang dalam hasrat kita hendak membangunkan anak-anak secara holistik, kita mungkin secara tidak sengaja merampas zaman kanak-kanak mereka," katanya seperti dipetik oleh The Straits Times.
Jelas beliau, hari tanpa kerja sekolah itu "akan memberi manfaat tidak hanya kepada pelajar tetapi meringankan beban kerja guru yang juga boleh meluangkan lebih masa dengan keluarga."
Dalam ucapannya sebelum itu, Biow Chuan berkata budaya persaingan di Singapura bermakna keluarga kurang menghabiskan masa bersama. Penggunaan telefon pintar pula menyebabkan waktu kerja secara tidak langsung jadi lebih panjang selepas orang meninggalkan pejabat.
"Kita sibuk dengan kerja biarpun selepas waktu kerja. Ini keadaan yang tidak masuk akal."
Beliau juga meminta kerajaan tidak menggalakkan majikan daripada menceroboh masa peribadi pekerja.
"Mungkin kita boleh belajar daripada Perancis apabila kesatuan sekerja dan majikan bersetuju melarang pekerja daripada membalas e-mel selepas mereka meninggalkan pejabat," katanya.
Beliau juga meminta kerajaan menggalakkan kakitangan awam untuk makan bersama keluarga bukan hanya setahun sekali tetapi sebulan sekali.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Mountbatten
#Lim Biow Chuan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan