awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas jurutera Samsung didakwa bocor rahsia pembuatan cip DRAM 10nm kepada syarikat China
Lembaran 2026: PM Anwar seru rakyat satukan langkah, tekad jayakan Malaysia MADANI
Malaysia catat inflasi keseluruhan 1.4 peratus, teras 2.2 peratus pada November - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia sambung semula penerbangan ke Phuket

Bernama
Bernama
20/10/2021
08:37 MYT
AirAsia sambung semula penerbangan ke Phuket
Pembukaan semula Program Phuket Sandbox menandakan pembukaan semula sekatan perjalanan antarabangsa ke Thailand. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: AirAsia Malaysia akan menyambung semula empat penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur dan Phuket bermula 5 Nov, 2021, berikutan pembukaan semula Phuket Sandbox kepada pelancong yang telah divaksin sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Phuket bermula hari ini sehingga 31 Okt daripada hanya RM189 sehala melalui ikon 'Penerbangan' di AirAsia Super App, untuk perjalanan antara 5 Nov, 2021 dan 30 Mac, 2022.
Menurutnya, pelancong mesti memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Thailand dengan mendapatkan Sijil Kemasukan yang boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Sijil Kemasukan ke negara tersebut sebelum menempah tiket penerbangan mereka.
Melalui ikon 'SNAP' di AirAsia Super App, tetamu boleh mendapatkan tawaran penerbangan dan hotel bernilai bermula RM549 untuk perjalanan pada tempoh yang sama.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata berikutan kejayaan besar gelembung pelancongan Langkawi di Malaysia, pembukaan semula Program Phuket Sandbox menandakan pembukaan semula sekatan perjalanan antarabangsa ke Thailand.
"Kami telah bersedia sepenuhnya untuk kembali memulakan penerbangan dan memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan tenang.
"Kami telah menjual lebih 1 juta tempat duduk domestik dan juga mencatatkan muatan penumpang tinggi dan tempahan kukuh pada masa akan datang yang melambangkan pemulihan sektor pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Phuket
#AirAsia
#penerbangan dibuka semula
#November
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan