awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akademi Diraja Chulabhorn Thailand akan beli vaksin COVID-19 alternatif

Bernama
Bernama
27/05/2021
21:02 MYT
Akademi Diraja Chulabhorn Thailand akan beli vaksin COVID-19 alternatif
Institusi penyelidikan diraja Akademi Diraja Chulabhorn Thailand akan mendapatkan vaksin COVID-19 alternatif setelah negara itu berhadapan kes COVID-19 yang tinggi sejak April. -Gambar fail
BANGKOK: Akademi Diraja Chulabhorn (CRA) Thailand, sebuah institusi penyelidikan diraja, akan mendapatkan vaksin COVID-19 alternatif dengan melangkau Pertubuhan Farmasi Kerajaan (GPO) berikutan negara itu berhadapan kes COVID-19 yang tinggi sejak April tahun ini.
Pengumuman di Royal Gazette pada Selasa ditandatangani oleh adik bongsu Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Chulabhorn.
Menurut The Nation, pengumuman itu mengatakan bahawa semua peralatan perubatan, ubat-ubatan dan vaksin yang diimport oleh akademi akan dianggap miliknya untuk tujuan perubatan dan kesihatan awam.
Sementara itu, setiausaha agung CRA Dr Nithi Mahanonda mengatakan 'vaksin alternatif' itu akan melengkapkan kempen vaksinasi kerajaan untuk menghentikan pandemik COVID-19 di negara ini.
"Akademi ini secara beransur-ansur akan mengurangkan pembelian vaksin alternatif, setelah pengedarannya dianggap mencukupi," tulis beliau di laman Facebooknya.
CRA dijangka mengadakan sidang media pada Jumaat mengenai pemerolehan dan pengimportan vaksin COVID-19 Sinopharm.
Thailand dijangka akan meluluskan vaksin Sinopharm untuk penggunaan kecemasan minggu ini.
Pengumuman itu melangkau GPO setelah kerajaan berhadapan kemarahan meningkat masyarakat disebabkan proses vaksinasi yang perlahan.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata beliau tidak mengetahui mengenai perintah diraja itu.
"Saya baru sahaja melihat pengumuman malam tadi .... Saya akan teliti dahulu adakah ia bertindih dengan usaha Kementerian Kesihatan Awam, " katanya semasa satu temu bual televisyen pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akademi Diraja Chulabhorn
#CRA
#Thailand
#institusi penyelidikan diraja
#Maha Vajiralongkorn
#Pertubuhan Farmasi Kerajaan
#Puteri Chulabhorn
#Sinopharm
#vaksin
#pandemik
#COVID-19
#Nithi Mahanonda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan