awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akses TweetDeck perlu dapat pengesahan, dikenakan bayaran - Twitter

Agensi
Agensi
04/07/2023
10:25 MYT
Akses TweetDeck perlu dapat pengesahan, dikenakan bayaran - Twitter
Dasar baharu yang mengehadkannya kepada pelanggan berbayar mulai Ogos dijangka meningkatkan pendapatan Twitter yang sedang menghadapi kesulitan mengekalkan hasil pengiklanan di bawah pemilikan jutawan Elon Musk (kanan). -Gambar fail
SYARIKAT media sosial Twitter memaklumkan penggunanya tidak lama lagi perlu mendapatkan pengesahan terlebih dulu bagi menggunakan perkhidmatan antara muka TweetDeck.
Syarikat itu dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan perubahan itu akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari.
TweetDeck sebelum ini percuma dan digunakan secara meluas oleh perniagaan dan pertubuhan berita untuk memantau kandungan dengan mudah.
Dasar baharu yang mengehadkannya kepada pelanggan berbayar mulai Ogos dijangka meningkatkan pendapatan Twitter yang sedang menghadapi kesulitan mengekalkan hasil pengiklanan di bawah pemilikan jutawan Elon Musk.
We have just launched a new, improved version of TweetDeck. All users can continue to access their saved searches & workflows via https://t.co/2WwL3hNVR2 by selecting Try the new TweetDeck in the bottom left menu. Some notes on getting started and the future of the product
— Twitter Support (@TwitterSupport) July 3, 2023
Keputusan itu dibuat hanya beberapa hari selepas Musk berkata bahawa kedua-dua pengguna yang disahkan dan tidak disahkan akan mempunyai bilangan siaran terhad yang boleh mereka baca setiap hari.
To address extreme levels of data scraping & system manipulation, weve applied the following temporary limits: - Verified accounts are limited to reading 6000 posts/day - Unverified accounts to 600 posts/day - New unverified accounts to 300/day
— Elon Musk (@elonmusk) July 1, 2023
Musk menyifatkan keperluan untuk menetapkan had `sementara' adalah bagi menangani kebimbangan pengikisan data yang berlebihan dan manipulasi sistem pada platform.
"Kami pasti akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencuri data kami dan berharap dapat melihat mereka (dihadap) ke mahkamah, mungkin dalam tempoh dua hingga tiga tahun dari sekarang," katanya.
Sementara itu, syarikat di sebalik Facebook dan Instagram, Meta bakal melancarkan aplikasi pesaing untuk Twitter pada 6 Julai ini.
Dinamakan sebagai Threads, ia akan beroperasi di bawah pasukan Instagram dan menawarkan pengalaman penggunaan seperti Twitter.
Threads akan memudahkan perkongsian dalam bentuk teks, selain turut menyertakan gambar dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Tweetdeck
#Twitter had jumlah tweet
#Threads
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan