awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti terjun tasik ketika suhu di bawah paras beku

Agensi
Agensi
11/01/2016
02:12 MYT
Aktiviti terjun tasik ketika suhu di bawah paras beku
Terjunan di Tasik Jingpo sewaktu musim sejuk kini menjadi acara tahunan yang menarik perhatian ramai termasuk pelancong asing. - Foto AFP
Aktiviti luar seperti berenang di sungai atau laut pada musim sejuk dan bersalji adalah sesuatu yang kedengarannya seperti tidak masuk akal.
Namun, di wilayah timur laut China masih ada yang berani berbuat demikian walaupun suhu berada di bawah paras sifar.
Tasik Jingpo yang terletak di wilayah Heilongjiang saban tahun menjadi tumpuan peminat-peminat aktiviti ekstrem itu pada musim sejuk.
Di Huanran yang berusia 57 tahun adalah antara lelaki yang berani melakukan aktiviti renang di Tasik Jingpo walaupun suhu ketika ini mencecah negatif 30 darjah Celsius.
Lazimnya dia akan mencuri perhatian ramai dengan melakukan 'aksi pembukaan' iaitu membuat terjunan bergaya dari tebing tasik itu, hanya dengan memakai seluar renang.
Dianggap sebagai bintang terjun musim salji, Di Huanran sudah melakukan aktiviti tersebut sejak 33 tahun lalu.
“Rasanya seperti saya sedang terbang. Saya sangat sukakan aktiviti ini. Saya berharap pelancong di seluruh China datang melawat Tasik Jingpo dan menikmati pemandangan yang indah ini,” ujarnya.
Selain itu, menurut salah seorang pencinta aktiviti berkenaan, Chen Guoben, 85, aktiviti berenang pada musim sejuk dapat memberikannya kesihatan yang baik dan mood yang positif.
“Aktiviti ini adalah unik di Heilongjiang dan di seluruh wilayah timur laut. Berenang pada musim sejuk membantu kami menjaga kesihatan dan memberikan kegembiraan,” katanya.
Topic Berkaitan
#China
#musim sejuk
#Tasik Jingpo
#terjunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan