Skip to main content

Dunia

Alan Greenspan, bekas Pengerusi Rizab Persekutuan AS meninggal dunia pada usia 100 tahun

Former Fed Chairman, Alan Greenspan, speaks during the SIFMA annual meeting in New York, October 23, 2012. REUTERS/Lucas Jackson/File Photo Purchase Licensing Rights
Alan Greenspan yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) sebanyak lima kali, meninggal dunia pada usia 100 tahun akibat komplikasi penyakit Parkinson. - Gambar fail Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Alan Greenspan, ahli ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) sebanyak lima kali, meninggal dunia pada usia 100 tahun akibat komplikasi penyakit Parkinson, menurut isterinya, Andrea Mitchell pada Isnin, lapor  Sputnik/RIA Novosti.

“Alan meninggal dunia di kediaman kami pagi ini pada usia 100 tahun akibat komplikasi penyakit Parkinson. 

"Beliau merupakan seorang tokoh besar yang membantu mencorakkan ekonomi AS selama berdekad-dekad di bawah pentadbiran Presiden daripada kedua-dua parti politik, namun sentiasa jujur dalam mengakui kesilapannya,” kata Mitchell dalam satu kenyataan seperti dipetik NBC.

Greenspan berkhidmat selama lima penggal berturut-turut (setiap penggal merangkumi tempoh empat tahun) di bawah kepimpinan empat Presiden AS sebelum bersara pada tahun 2006.

Pada 2000, Kerajaan Perancis menganugerahkan Greenspan pingat “Legion of Honour”. 

Seterusnya pada 2002, Ratu Elizabeth II menganugerahkan gelaran kehormat “Knight of the British Empire” kepada beliau.

Beliau kemudiannya dianugerahkan Pingat “Presidential Medal of Freedom”, iaitu penghormatan awam tertinggi di AS pada tahun 2005.

Pada 13 Mei lepas, Senat AS telah meluluskan pelantikan Kevin Warsh sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan yang baharu bagi tempoh empat tahun akan datang.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement