Skip to main content

Dunia

Algeria: Britain tidak mahu menuding jari

41358652682_295x200.jpg
41358652682_295x200.jpg

Advertisement

Britain enggan menyalahkan kerajaan Algeria dalam krisis tebusan tersebut. Sebaliknya, menurut Menteri Pertahanan Britain, Phillip Hammond, kumpulan militan yang wajar dipersalahkan.

Kata Hammond, kehilangan nyawa mangsa yang tidak berdosa merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.

Bagi Menteri Luar Britain pula, William Hague,  beliau berpendapat, banyak perkara berharga boleh dipelajari daripada operasi menyelamat yang dilancarkan pihak berkuasa Algeria.

Dalam operasi menyelamat itu, mereka berjaya merampas pelancar roket, mesin gan dan bom yang dipasang  pada badan mangsa.

Must Watch Video

Advertisement