awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alkohol antara punca rusuhan di Little India - Jawatankuasa Siasatan

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2014
06:59 MYT
Alkohol antara punca rusuhan di Little India - Jawatankuasa Siasatan
Komunikasi yang lemah di antara polis menyukarkan keadaan untuk mengawal rusuhan.
Alkohol, dan bukannya keadaan hidup kurang memuaskan merupakan antara punca rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura tahun lalu, kata sebuah laporan jawatankuasa siasatan pada Isnin.
Menurut laporan Reuters, jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada empat orang itu turut memaklumkan bahawa kejadian tersebut juga berpunca dari sebuah kemalangan maut.
Selain itu, siasatan itu juga mendapati bahawa komunikasi yang lemah serta kelambatan pihak polis menghantar unit operasi khas, telah menyukarkan lagi keadaan untuk mengawal rusuhan.
Bagaimanapun jawatankuasa itu tidak menolak fakta bahawa polis telah bertindak 'agak pantas dan cekap'.
Berdasarkan hasil siasatan, hampir kesemua pekerja asing yang disoal oleh jawatankuasa itu mengakui bahawa mereka puas hati dengan pekerjaan mereka dan tempat tinggal di Singapura, sambil mengecam kejadian rusuhan tersebut.
Pekerja asing murah merangkumi 20 peratus penduduk Singapura di mana sebahagian besar yang bekerja di sektor pembinaan terdiri dari warga India, Bangladesh dan Sri Lanka.
Pekerja-pekerja pembinaan itu juga sering berkumpul pada hari minggu untuk meminum arak di Little India - sebuah kawasan yang dipenuhi kedai serta restoran India, selain menjadi tumpuan pelancong.
Dalam pada itu, jawatankuasa tersebut juga telah membuat pengesyoran terhadap cara pekerja-pekerja asing itu dilayan, penginapan mereka dan juga akses ke perkhidmatan.
Jawatankuasa itu juga mencadangkan agar pihak polis Singapura meningkatkan lagi tahap komunikasi mereka, latihan mereka serta jumlah kakitangan.
Pada 9 Disember 2013, ratusan pekerja warga asing merusuh di Singapura lewat malam Ahad apabila salah seorang daripada mereka, dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan jalan raya.
Perusuh bertindak membakar kenderaan polis dalam keganasan yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak 40 tahun.
Dalam satu kenyataan media, polis Singapura berkata kejadian bermula di kawasan Little India negara itu apabila seorang lelaki warganegara India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bas milik syarikat swasta.
Polis berkata lebih kurang 400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.
Topic Berkaitan
#alkohol
#India
#keganasan
#Little India
#polis
#rusuhan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan