awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amah ditahan siar video kanak-kanak mandi di Facebook

Tan Su Lin
Tan Su Lin
05/12/2017
02:53 MYT
Amah ditahan siar video kanak-kanak mandi di Facebook
Laporan polis dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut selepas mendapat tahu pembantu rumah itu telah menyiarkan video berkenaan. - Gambar hiasan
Gara-gara memuat naik video kanak-kanak mandi di Facebook, seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan atas dakwaan menyiarkan kandungan pornografi kanak-kanak di Hong Kong.
Menurut laporan South China Morning Post, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah menyiarkan video secara langsung di laman media sosial tersebut, menunjukkan dia sedang memandikan tiga kanak-kanak yang tidak berpakaian.
Kesemua kanak-kanak berkenaan dipercayai dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun.
Malah, dalam video berdurasi 17 minit itu, salah seorang kanak-kanak meminta agar tidak dirakam video mereka sedang mandi, namun ia tidak diendahkan wanita itu.
Video berkenaan yang kemudiannya dimuat naik ke akaun Facebook wanita berkenaan.
Bagaimanapun, ia telah ditarik balik pada Isnin.
Laporan polis dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut selepas mendapat tahu video itu telah disiarkan.
Di bawah undang-undang Hong Kong, sesiapa yang didapati bersalah menyiarkan pornografi kanak-kanak berdepan hukuman maksimum lapan tahun atau denda maksimum HK$2 juta.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Hong Kong
#Indonesia
#Kanak-kanak
#mandi
#pembantu rumah
#pembantu rumah indonesia
#pornografi
#pornografi kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan