awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran keras untuk peniaga kopi di California!

Reuters
Reuters
30/03/2018
06:19 MYT
Amaran keras untuk peniaga kopi di California!
Starbucks dan penjual kopi lain untuk meletakkan label amaran kanser pada kopi yang dijual di California. - Gambar hiasan
Hakim Los Angeles telah memutuskan Starbucks dan penjual kopi lain untuk meletakkan label amaran kanser pada kopi yang dijual di California.
Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Elihu Berle menyatakan dalam keputusan dokumen mahkamah bahawa Starbucks dan syarikat-syarikat lain gagal menunjukkan tanda risiko signifikan daripada bahan karsinogen yang dihasilkan dalam proses pemanggangan kopi.
(Karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup.)
“Defendan gagal memenuhi beban mereka untuk membuktikan dengan bukti yang lebih banyak bahawa penggunaan kopi memberi manfaat kepada kesihatan manusia,” katanya dalam keputusan berkenaan.
Starbucks dan defendan lain diberikan tempoh untuk membuat bantahan terhadap keputusan berkenaan sehingga 10 April.
Starbucks gagal dalam perbicaraan fasa pertama di mana mereka gagal menunjukkan tahap akrilamida yang terdapat dalam kopi adalah pada paras rendah, yang mampu mendedahkan risiko kanser.
Starbucks enggan mengulas lebih lanjut ketika sedang ditanya mengenai syarikat gergasi kopi berkenaan ingin meninmbangkan rayuan dan tindakan undang-undang selanjutnya.
Tuntutan denda sebanyak $2,500 seorang dikenakan terhadap kedai kopi untuk setiap orang yang terdedah kepada bahan kmia yang terdapat dalam kopi yang dijual di kedai defendan di California.
Denda yang dikenakan akan menjadi yang terbesar di California yang mempunyai penduduk hampir 40 juta, jika diluluskan dalam perbicaraan fasa ketiga.
Majlis Pendidikan dan Penyelidikan mengenai Toksik (CERT) mengenakan saman kepada 90 kedai kopi, termasuk Starbucks, atas alasan mereka melanggar undang-undang California yang menghendaki syarikat memberi amaran kepada pengguna mengenai penggunaan produk yang boleh menyebabkan kanser pada tahun 2010.
BACA: Kopi mahal sebagai gaya hidup? Fikir semula, anda mungkin berisiko kanser BACA: 90 restoran kopi termasuk jenama terkemuka disaman kerana guna bahan kimia
Salah satu bahan kimia yang terdapat dalam kopi ialah akrilamida yang terhasil daripada proses pemanggangan biji kopi.
Topic Berkaitan
#biji kopi
#California
#CERT
#denda
#Elihu Berle
#kanser
#kesihatan
#kopi
#Los Angeles
#mahkamah
#Mahkamah Tinggi
#Majlis Pendidikan dan Penyelidikan mengenai Toksik
#saman
#Starbucks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan