awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran kesihatan berhubung demam campak dikeluarkan di Sydney

Bernama
Bernama
20/12/2024
09:40 MYT
Amaran kesihatan berhubung demam campak dikeluarkan di Sydney
NSW Health mengeluarkan amaran itu pada Jumaat, menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap simptom dan tanda-tanda demam campak. - Gambar hiasan
SYDNEY: Pihak berkuasa negeri New South Wales (NSW), Australia telah mengeluarkan amaran kesihatan berhubung kes demam campak di Sydney, lapor Xinhua.
NSW Health mengeluarkan amaran itu pada Jumaat, menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap simptom dan tanda-tanda demam campak selepas menerima makluman mengenai kes yang disahkan melibatkan seorang individu yang telah mengunjungi beberapa lokasi di Sydney ketika dalam tempoh jangkitan.
Kes itu melibatkan seorang pelancong dari Eropah yang tiba di Sydney pada 11 Dis dari Vietnam, menurut amaran itu.
Pelancong itu telah berada di beberapa lokasi awam, termasuk lapangan terbang, pasar raya, panggung wayang dan pengangkutan awam pada 11 dan 12 Dis sebelum melawat sebuah pusat perubatan di kawasan barat Sydney pada 15 dan 16 Dis.
Pengarah Klinikal Kesihatan Awam , Daerah Kesihatan Tempatan Sydney, Leena Gupta, berkata individu yang mungkin terdedah kepada kes itu perlu memantau tanda-tanda demam campak.
"Simptom yang perlu diperhatikan termasuk demam, sakit mata, dan batuk, biasanya diikuti tiga atau empat hari kemudian dengan ruam merah berbintik yang merebak dari kepala dan muka ke seluruh badan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata simptom boleh mengambil masa sehingga 18 hari untuk muncul, jadi orang ramai perlu terus memantau tanda-tanda sehingga awal Januari.
Mereka yang mengalami simptom dinasihatkan untuk menghubungi doktor atau jabatan kecemasan terdekat dan memaklumkan bahawa mereka mungkin menghidap campak bagi memastikan mereka tidak menunggu bersama pesakit lain di ruang menunggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran kesihatan
#demam campak
#Sydney
#Australia
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan