awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran kesihatan wabak Legionnaires dikeluarkan di pusat bandar Sydney

Bernama
Bernama
10/04/2025
05:45 MYT
Amaran kesihatan wabak Legionnaires dikeluarkan di pusat bandar Sydney
Amaran itu menyatakan bahawa kesemua lima pesakit mengalami gejala antara 30 Mac hingga 4 April selepas berada di kawasan pusat bandar Sydney. - Gambar hiasan/AP
SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan negeri New South Wales (NSW), Australia mengeluarkan amaran kesihatan awam berhubung penyakit Legionnaires di kawasan pusat bandar Sydney, lapor Xinhua.
Menurut Jabatan Kesihatan NSW, lima individu yang disahkan menghidap penyakit Legionnaires baru-baru ini mengunjungi CBD Sydney semasa tempoh pendedahan mereka.
Amaran itu menyatakan bahawa kesemua lima pesakit mengalami gejala antara 30 Mac hingga 4 April selepas berada di kawasan pusat bandar Sydney.
Setakat ini, tiada satu pun sumber jangkitan yang dikenal pasti secara khusus, namun siasatan terhadap kawasan yang berpotensi sedang dijalankan meskipun kemungkinan kes-kes itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Penyakit Legionnaires merupakan sejenis radang paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Legionella, yang secara semula jadi terdapat dalam air tawar.
Gejala biasanya muncul dalam tempoh dua hingga 10 hari selepas terdedah, dan pada peringkat awal mungkin melibatkan simptom seperti sakit kepala, demam serta batuk ringan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar kematian akibat penyakit itu lazimnya berada antara lima hingga 10 peratus, namun boleh meningkat sehingga 80 peratus dalam kalangan pesakit yang mempunyai sistem imun yang lemah dan tidak menerima rawatan.
NSW Health menjelaskan bahawa bakteria itu boleh mencemari menara penyejuk penyaman udara, tab mandian panas (spa), pancuran serta lain-lain sumber air.
Pihak kesihatan turut menasihatkan para pengamal perubatan di NSW untuk mempertimbangkan kemungkinan penyakit Legionnaires' bagi pesakit yang menunjukkan gejala berkaitan, terutamanya mereka yang mengunjungi pusat bandar Sydney dalam tempoh 10 hari sebelum gejala muncul.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#amaran kesihatan awam
#penyakit Legionnaires
#Sydney
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan