awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran Pakistan kepada India, tindak balas setimpal sedang diusahakan

Agensi
Agensi
06/05/2025
23:40 MYT
Amaran Pakistan kepada India, tindak balas setimpal sedang diusahakan
Perdana Menteri Shehbaz Sharif menyifatkan serangan peluru berpandu oleh India itu sebagai satu “tindakan perang” dan memberi amaran Pakistan sedang melaksanakan tindak balas yang setimpal. - Gambar fail AP
ISLAMABAD: Ketegangan antara dua kuasa nuklear Asia Selatan semakin memuncak selepas India mengesahkan telah melancarkan serangan ke atas wilayah Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, dengan menyasarkan apa yang didakwa sebagai kem militan rentas sempadan.
Susulan serangan itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menyifatkan serangan peluru berpandu oleh India itu sebagai satu “tindakan perang” dan memberi amaran Pakistan sedang melaksanakan tindak balas yang setimpal.
“Pakistan berhak penuh untuk memberikan tindak balas yang setimpal terhadap tindakan perang yang dikenakan oleh India, dan tindak balas itu sedang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di platform X.
“Musuh tidak akan dibiarkan berjaya dalam sebarang niat jahatnya,” tambah beliau sambil menegaskan moral rakyat Pakistan kekal tinggi.
Konflik antara India dan Pakistan, khususnya berkaitan wilayah Kashmir, telah berlarutan sejak pemisahan kedua-dua negara pada tahun 1947.
Kedua-dua negara telah berperang sebanyak tiga kali - dua daripadanya berkaitan isu Kashmir dan sering terlibat dalam tembakan rentas sempadan serta dakwaan serangan militan.
Ketegangan terbaharu ini memuncak susulan serangan militan berdarah ke atas pelancong dan pasukan keselamatan di Kashmir yang ditadbir India bulan lalu.
India menuduh elemen bersenjata dari Pakistan terlibat, namun Islamabad menafikan sebarang pembabitan.
Beberapa penganalisis memberi amaran sebarang eskalasi lanjut berisiko mencetuskan konflik berskala besar antara dua negara bersenjata nuklear itu.
Pihak tentera kedua-dua negara kini berada dalam keadaan berjaga-jaga penuh di sepanjang Garisan Kawalan (LoC), manakala negara-negara kuasa besar dilaporkan sedang memantau situasi dari dekat. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang India-Pakistan
#konflik Kashmir
#amaran Pakistan
#PM Shehbaz Sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan