awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran penyakit Legionnaires dikeluarkan di Sydney

Bernama
Bernama
03/01/2024
12:46 MYT
Amaran penyakit Legionnaires dikeluarkan di Sydney
Kesemua pesakit kini menerima rawatan radang paru-paru dan disahkan dijangkiti bakteria Legionella yang menyebabkan penyakit Legionnaires. - Gambar hiasan
SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW) Australia pada Rabu menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan CBD Sydney sejak 10 hari lalu supaya berwaspada terhadap gejala penyakit Legionnaires, lapor Xinhua.
Seramai tujuh orang yang menghidap penyakit Legionnaires (sejenis radang paru-paru yang teruk) sebelum ini telah menghabiskan masa di kawasan itu dalam tempoh tiga minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan tempatan dalam satu kenyataan media.
Kesemua pesakit kini menerima rawatan radang paru-paru dan disahkan dijangkiti bakteria Legionella yang menyebabkan penyakit Legionnaires.
Penyakit itu sering dikaitkan dengan menara penyejuk yang tercemar bangunan-bangunan besar.
Orang ramai boleh terdedah kepada bakteria berkenaan jika zarah air yang tercemar daripada sistem penyejukan memasuki sistem pernafasan, namun penyakit Legionnaires tidak berjangkit dari orang ke orang, menurut kementerian itu.
Gejala penyakit Legionnaires termasuk demam, menggigil, batuk dan sesak nafas hingga boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk seperti radang paru-paru.
Pegawai alam sekitar telah bekerjasama rapat dengan Majlis Bandaraya Sydney untuk memeriksa menara penyejuk, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran penyakit Legionnaires
#Sydney
#radang paru-paru
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan