awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika akan kenakan tarif ke atas negara yang beli tenaga dari Rusia - Trump

Agensi
Agensi
06/08/2025
00:10 MYT
Amerika akan kenakan tarif ke atas negara yang beli tenaga dari Rusia - Trump
Presiden Trump memberi bayangan pentadbirannya mungkin akan mengenakan tarif terhadap negara-negara yang terus membeli tenaga dari Rusia termasuk China. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi bayangan pentadbirannya mungkin akan mengenakan tarif terhadap negara-negara yang terus membeli tenaga dari Rusia termasuk China.
Bagaimanapun, kata Trump, buat masa ini, tiada peratusan tarif yang ditetapkan.
Ketika ditanya oleh wartawan sama ada beliau akan meneruskan ancaman mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara yang membeli tenaga dari Rusia, Trump menjawab bahawa beliau tidak pernah menetapkan sebarang peratusan.
Namun begitu, jelas beliau, pentadbirannya akan melaksanakan tindakan dalam bentuk tertentu.
Beliau berkata, segala keputusan akan ditentukan selepas satu siri pertemuan termasuk pertemuan dengan wakil Rusia yang dijadual berlangsung esok.
"Kita akan lihat apa yang berlaku dalam tempoh masa terdekat ini. Mereka ada pertemuan esok. Kita juga ada pertemuan dengan Rusia esok. Kita akan lihat dan buat keputusan ketika itu," kata Trump dalam sidang media, di sini, pada Selasa.
Ditanya mengenai kenyataan India yang mempersoalkan tindakan Amerika mengkritik import tenaga dari Rusia sedangkan Washington sendiri masih mengimport uranium, bahan kimia dan baja dari negara itu, Trump menjawab, beliau tidak mengetahui perkara tersebut dan akan menyemaknya sebelum memberi maklum balas lanjut. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#tarif Trump
#tenaga Rusia
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan