WASHINGTON: Ketika sekutu Amerika Syarikat (AS) bergelut dengan komen Donald Trump yang menggalakkan Rusia menyerang sekutu Eropah jika mereka tidak memenuhi matlamat sumbangan bajet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), beberapa bekas penasihat Trump memberi amaran bahawa bekas Presiden itu akan berusaha untuk menarik AS secara rasmi daripada pakatan pertahanan itu sekiranya hartawan berkenaaN memenangi pilihan raya AS penggal kedua.
Dalam buku “The Return of Great Powers” yang akan diterbitkan pada 12 Mac depan, seorang bekas pegawai kanan AS yang pernah berkhidmat dalam kedua-dua pentadbiran Trump dan Joe Biden di peringkat tinggi memberi amaran jika Trump mengalahkan Presiden Joe Biden pada November “AS akan keluar dari NATO.”
"NATO akan berada dalam kedudukan bahaya yang sebenar. Saya berpendapat beliau akan cuba untuk keluar (NATO)," kata bekas penasihat keselamatan negara Trump, John Bolton.
NATO merupakan sebuah pakatan pertahanan yang bermatlamat mempromosikan keamanan dan keselamatan anggota-anggotanya di kawasan Atlantik Utara.
Gabungan itu diasaskan pada 4 April 1949 dan kini dianggotai oleh 31 negara.
Kritikan dan pandangan skeptikal Trump terhadap komitmen keselamatan AS meliputi perjanjian pertahanan bersama dengan Korea Selatan dan Jepun selain Jeneral John Kelly yang bersara sebagai ketua kakitangan White House kepada Trump turut bersuara.
"Intinya ialah, beliau (Trump) sama sekali tidak melihat apa-apa (kepentingan) dalam NATO," kata Kelly dalam buku yang sama.
"Beliau tidak mahu mempunyai tentera di Korea Selatan atau di Jepun sebagai pasukan pencegah. Beliau fikir (Vladimir) Putin dan Kim (Jong Un) adalah lelaki yang baik,” ujar Kelly lagi.
Anggota kanan pentadbiran itu juga memperincikan bagaimana Trump hampir menarik balik AS daripada perikatan itu yang merupakan asas utama keselamatan Barat terhadap Rusia, pada penggal pertamanya dan memberi amaran bahawa beliau mungkin akan pergi lebih jauh dalam kedua.
“Demokrat dan pemilik media nampaknya terlupa bahawa kita mempunyai empat tahun keamanan dan kemakmuran di bawah Presiden Trump, tetapi Eropah menyaksikan kematian dan kemusnahan di bawah (Barrack) Obama-Biden dan kini lebih banyak kematian dan kemusnahan di bawah Biden,” kata jurucakap kempen Trump, Jason Miller kepada CNN.
“Presiden Trump meminta sekutu kami untuk meningkatkan perbelanjaan NATO mereka dengan menuntut mereka membayar, tetapi Joe Biden kembali membenarkan mereka mengambil kesempatan daripada pembayar cukai Amerika.
“Apabila anda tidak membayar perbelanjaan pertahanan anda, anda tidak boleh terkejut bahawa anda mendapat lebih banyak peperangan."
Hampir keluar NATO pada 2018
Dalam teras NATO dan termaktub dalam Perkara 5 perjanjian itu adalah janji pertahanan kolektif - bahawa serangan ke atas satu negara anggota adalah serangan ke atas semua negara dalam perikatan.
Trump telah lama mengadu mengenau jumlah yang dibelanjakan oleh anggota NATO untuk pertahanan berbanding dengan AS.
Dalam buku “The Return of Great Powers,” beberapa penasihat menceritakan secara terperinci bagaimana Trump hampir-hampir menyingkirkan AS daripada NATO pada sidang kemuncak pakatan itu pada 2018 di Brussels.
"Beliau sentiasa gelisah, emosinya juga tidak stabil dan kerap berprasangka dan beranggapan beliau lebih bijak daripada orang lain,” kata Kelly menggambarkan sikap Trump pada sidang sidang kemuncak NATO di Brussels itu.
Bahkan, Kelly memberitahu usahanya menjelaskan kepentingan NATO kepada Trump dari segi yang beliau percaya Presiden akan faham.
Pendekatan Kelly ialah dengan menerangkan kemungkinan yang boleh berlaku dan apa yang mungkin akan membuatkan Trump kelihatan tidak baik sekiranya AS menarik diri daripada NATO.
Kelly berusaha memberi penerangan kepada Trump mengenai kedua-dua pertimbangan yang harus diambil kira sekiranya penarikan dilakukan.
Namun begitu, pada sidang kemuncak itu, Trump bertegas dengan pendiriannya.
Seorang bekas pegawai kanan AS memberitahu bahawa Trump mengeluarkan arahan kepada pengerusi Ketua Staf Bersama, Jeneral Mark Milley serta Setiausaha Pertahanan, Mark Esper supaya AS berundur daripada NATO.
Walaupun menentang keras langkah itu. Mereka menganggap arahan presiden sebagai "perintah yang sah" dan merangka rancangan untuk melaksanakan penarikan balik itu.
Bolton mengimbas kembali sidang kemuncak 2018 dengan ketakutan yang sangat menyerlah.
“Jujur saya katakan, ia (tindakan Trump) menakutkan kerana kami tidak tahu apa yang beliau akan lakukan sehingga saat-saat akhir,” kata Bolton. - Agensi
Agensi
Mon Feb 12 2024
Donald Trump sama sekali tidak melihat apa-apa (kepentingan) dalam NATO. - Gambar fail AP
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.