awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan internet di Iran disifatkan paling teruk dalam sejarah - Pakar keselamatan siber

Agensi
Agensi
11/01/2026
22:30 MYT
Sekatan internet di Iran disifatkan paling teruk dalam sejarah - Pakar keselamatan siber
Rakaman daripada video yang tular di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan sekali lagi memenuhi jalan-jalan di Tehran meskipun tindakan keras semakin memuncak, ketikaIran kekal terputus hubungan dengan dunia luar. - Gambar AP
TEHRAN: Sekatan internet di Iran ketika ini disifatkan sebagai yang paling teruk pernah berlaku, melumpuhkan hampir semua saluran komunikasi termasuk telefon mudah alih, talian tetap dan khidmat pesanan ringkas.
Pengarah Keselamatan Siber dan Hak Digital di organisasi hak asasi manusia Miaan Group, Amir Rashidi berkata, beliau “tidak pernah melihat perkara sebegini” sepanjang pengalamannya.
“Ini bukan lagi sekadar sekatan internet. Ini adalah penutupan setiap saluran komunikasi – telefon mudah alih, talian tetap, mesej teks,” katanya kepada CNN.
Menurut Rashidi, Iran pernah melaksanakan sekatan internet sebelum ini, namun kali ini jauh berbeza.
“Sekatan pada 2019 adalah yang paling teruk sebelum ini… tetapi ketika itu rangkaian domestik masih berfungsi. Dalam semua sekatan sebelum ini, rangkaian tempatan, mesej teks dan panggilan telefon masih boleh digunakan,” jelasnya.
Bagaimanapun, sekatan kali ini turut menjejaskan rangkaian internet domestik, e-mel, beberapa laman web dan saluran komunikasi lain.
Malah, media yang bersekutu dengan kerajaan dan badan keselamatan Iran juga dilihat terkesan, dengan kemas kini berita yang jauh berkurangan sejak sekatan bermula.
Sementara itu, Pengarah Analisis Internet di platform risikan rangkaian Kentik, Doug Madory yang mengkaji gangguan internet global, bersetuju bahawa sekatan kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
“Ia berada dalam kedudukan dua teratas sekatan internet sepanjang masa di Iran, malah mungkin nombor satu bergantung kepada kriteria yang digunakan,” katanya kepada CNN.
“Ini adalah saat genting buat negara itu.” - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Iran
#sekatan internet Iran
#Protes Iran
#saluran komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami