awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat panas punggung, Seoul-Pyongyang berdamai

Agensi
Agensi
11/02/2018
09:07 MYT
Amerika Syarikat panas punggung, Seoul-Pyongyang berdamai
Mike Pence (kanan, hadapan) menonton acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 bersama antara lain, Moon Jae-in, Kim Yong Nam dan Kim Yo-Jong. REUTERS
"Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun akan terus dengan misi untuk mengasingkan Korea Utara secara ekonomi dan diplomatik sehingga mereka meninggalkan program peluru berpandu nuklear dan balistik mereka."
Demikian ketegasan yang dibuat Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence ketika mengulas bibit-bibit keakraban yang baru bermula antara Seoul dan Pyongyang.
Jelasnya, tiada peluang cerah bagi kedua-dua negara terbabit, khususnya yang melibatkan isu peluru berpandu nuklear dan balistik.
"Tidak akan ada hari yang cerah antara Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun selagi misi memberi sepenuhnya tekanan terhadap Korea Utara tidak tercapai," jelasnya sebelum berlepas pulang ke Washington selepas menghadiri acara pembukaan Sukan Olimpik Pyeongchang di Seoul pada Jumaat.
Pada majlis perasmian temasya musim sejuk itu Pence, Kim Yo Jong dan Kim Yong Nam duduk berdekatan antara satu sama lain.
BACA: Selepas 10 tahun, Jong-un akhirnya jemput Presiden Korea Selatan ke Pyongyang
BACA: Olimpik Pyeongchang 'kunci' diplomasi Korea Utara-Selatan
Ketika atlet dari Korea Selatan dan Korea Utara berarak bersama di bawah satu bendera semasa majlis pembukaan itu, Pence dilihat terus duduk tanpa sebarang reaksi.
Malah, Pence turut dilapor tidak menyertai makan malam pemimpin negara dunia yang dianjurkan selepas acara terbabit.
Dalam satu tweet yang ditulisnya, beliau menegaskan kembali pandangan skeptikal Amerika Syarikat terhadap langkah perdamaian yang cuba dihulur Korea Utara.
Selepas menyampaikan surat rasmi jemputan perbincangan meja bulat Korea Utara - Korea Selatan kepada Presiden Moon Jae-in, Kim Yo Jong meneruskan pertemuan rasminya bersama Perdana Menteri Lee Nak Yon pada Ahad.
Pertemuan tambah meriah dengan kehadiran beberapa menteri-menteri kabinet Korea Selatan.
Topic Berkaitan
#Diplomatic
#ekonomi
#Korea Selatan
#Korea Utara
#menteri
#North Korea
#nuklear
#Pyongyang
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan