awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat tahan TikToker terkenal Khaby Lame

Bernama
Bernama
08/06/2025
05:45 MYT
Amerika Syarikat tahan TikToker terkenal Khaby Lame
Lame memasuki Amerika Syarikat pada 30 April, tetapi didapati telah tinggal melebihi tempoh visa. - Gambar/ Facebook Khaby Lame
WASHINGTON: Perkhidmatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) menahan seorang TikToker terkenal, Khaby Lame kerana visanya tamat tempoh, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Khaby Lame, pempengaruh TikTok terkenal dan warganegara Itali, ditahan oleh Perkhidmatan Imigresen dan Kastam AS (ICE) pada 6 Jun di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas kerana tinggal melebihi tempoh visa.
  • Beliau memasuki Amerika Syarikat pada 30 April dan dibebaskan pada hari yang sama selepas ditahan, sebelum secara sukarela meninggalkan negara itu.
  • Khaby Lame merupakan Duta Muhibah UNICEF dan antara pempengaruh paling popular di dunia dengan lebih 162 juta pengikut, terkenal dengan video pendek tanpa berkata-kata yang menyindir arahan rumit di Internet.

"Perkhidmatan Imigresen dan Kastam AS menahan Seringe Khabane Lame, 25 tahun, warganegara Itali pada 6 Jun di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, Nevada atas kesalahan imigresen," menurut ICE dalam satu kenyataan kepada Agence France-Presse.
Menurut pihak berkuasa, Lame memasuki Amerika Syarikat pada 30 April, tetapi didapati telah tinggal melebihi tempoh visa.
Pempengaruh itu dibebaskan pada hari dia ditahan, selepas itu dia secara sukarela meninggalkan negara itu.
Lame ialah Duta Muhibah UNICEF dan antara pempengaruh TikTok paling popular, dengan lebih 162 juta pengikut.
Video pendeknya tanpa berkata-kata telah menjadi tular kerana menyindir arahan dan nasihat yang rumit di Internet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khaby Lame
#Amerika Syarikat
#Imigresen
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami