Skip to main content

Dunia

Amnesty gesa pembebasan segera pengarah hospital Gaza ditahan Israel

71548479311_AgnesCallamard.jpg
Callamard (foto) turut mempersoalkan kegagalan berterusan komuniti antarabangsa dalam menuntut akauntabiliti terhadap tindakan pihak berkuasa Israel. -Gambar fail

LONDON: Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard, menggesa pembebasan segera Pengarah Hospital Kamal Adwan di Gaza, Dr Hussam Abu Safia, yang dilaporkan kini ditahan di Penjara Nafha, Israel.

Menerusi hantaran di platform X, Callamard mengesahkan Amnesty International telah melancarkan tindakan segera bagi menuntut pembebasan doktor berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan berterusan komuniti antarabangsa dalam menuntut akauntabiliti terhadap tindakan pihak berkuasa Israel.

“Mengapa perlunya kekejaman seperti ini? Mengapa mereka yang mempunyai kuasa untuk menuntut pertanggungjawaban daripada pihak berkuasa Israel terus gagal berbuat demikian?

“Dr Hussam Abu Safia sepatutnya bersama keluarga dan merawat pesakit yang memerlukan kepakarannya, bukannya ditahan dalam sel terpencil,” katanya.

 

 

Menurut beliau, penahanan terhadap petugas kesihatan hanya akan menjejaskan lagi sistem perubatan di Gaza yang sudah tertekan akibat krisis kemanusiaan berterusan.

Kenyataan itu dibuat ketika kebimbangan global semakin meningkat terhadap keselamatan petugas kesihatan Palestin yang dilaporkan ditahan sepanjang konflik di wilayah berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement