OTTAWA: Kematian pasangan suami isteri jutawan Kanada, Barry dan Honey Sherman kekal menjadi misteri sehingga kini.
Memetik laporan CNN, mayat kedua-dua mereka ditemui pada 15 Disember 2017 selepas seorang broker barangan melawat rumah agam pasangan ini.
Masih berpakaian lengkap, Barry Sherman, 75 dan Honey, 70, ditemui di bahagian kolam renang rumah dengan leher diikat dengan tali pinggang.
Menurut pihak berkuasa Kanada, tiada penemuan atau bukti rumah mereka dipecah masuk pada hari itu.
Seiring masa berjalan, kisah kematian misteri pasangan jutawan ini menjadi tajuk utama akhbar dan pelbagai teori kedengaran mengenai kematian mereka.
Pada ulang tahun kelima kematian pasangan itu, anak lelaki Sherman, Jonathon Sherman menawarkan wang tunai berjumlah AS$35 juta (RM154 juta) kepada individu yang berjaya mengesan pembunuh ibu bapanya.
"Minggu ini adalah ulang tahun kelima sejak tarikh mereka dibunuh di rumah. Sejak tarikh itu, hidup saya diselubungi rasa kesakitan, kehilangan dan kesedihan dan perasaan ini kekal berada di situ," kata Sherman dalam satu kenyataan kepada CBC News Kanada.
Tambah Sherman, kes ini tidak akan dianggap selesai selagi pembunuh belum dibawa ke muka pengadilan.
"Saya berharap pada hari saya dapat tahu siapa pembunuh dan membuat pembayaran kepada yang membantu mengesan menjadi hari penyembuhan buat kami sekeluarga,” katanya.
Beberapa hari selepas penemuan suram itu, pihak berkuasa memaklumkan bedah siasat mendapati pasangan ini mati akibat 'mampatan leher ligatur' atau dicekik.
Siasatan disifatkan masih di peringkat awal dan kematian tidak dianggap sebagai pembunuhan.
Barry Sherman mengasaskan Apotex pada tahun 1974 dan mengembangkan syarikat farmaseutikal global itu sekali gus menyumbang lebih AS$50 juta (RM221 juta) kepada badan amal.
Sehingga tarikh kematiannya, Forbes menganggarkan aset kekayaan Sherman bernilai AS$3 bilion (RM13.3 bilion).
Pengebumian mereka dihadiri oleh ribuan orang termasuk Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Menteri Wilayah Ontario, Kathleen Wynne.
Agensi
Sun Dec 18 2022
Kisah kematian misteri pasangan jutawan, Barry dan Honey Sherman menjadi tajuk utama akhbar dan pelbagai teori kedengaran mengenai kematian mereka. - Gambar Twitter @UJAFederation
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Anak bilionair tawar ganjaran RM154 juta cari pembunuh keluarga
Selepas lebih lima tahun, kematian pasangan suami isteri jutawan Kanada, Barry dan Honey Sherman kekal menjadi misteri sehingga kini.
Ditemui mati dengan leher dijerut, jutawan Kanada dan isteri dipercayai dibunuh
Barry Sherman dan isterinya yang ditemui mati dalam kediaman mereka bulan lalu dipercayai dibunuh dengan sengaja.