BANGKOK: Haiwan liar boleh membentuk hubungan kuat dengan manusia yang menjaga mereka sejak kecil dan video tular berlaku di Thailand menunjukkan seekor gajah enggan melepaskan penjaganya telah meruntun hati pengguna media sosial.
Dalam perkongsian video oleh seorang kakitangan syarikat kereta api di platform X menyaksikan seekor gajah memeluk seorang lelaki dengan belalainya seolah-olah berat melepaskannya pergi ke habitat asalnya.
Dapat disaksikan anak gajah itu saling bertukar pelukan dengan penjaganya dengan menampakkan suasana sayu di sebuah lokasi yang tidak didedahkan dalam video itu.
Gajah tersebut kelihatan mengejar penjaganya yang cuba 'lari' menaiki motosikal dengan seorang rakannya dan berjaya menyekat motosikal tersebut.
"Ikatan antara gajah dan penjaganya sangat luar biasa. Ia seperti tidak melepaskannya," kata kakitangan kereta api, Ananth Rupanagudi dalam video yang mendapat 40,000 tontonan.
"Ia satu ikatan yang mulia dan menyentuh hati semua orang..semoga Tuhan memberkati mereka," menurut ciapan pengguna di platform X.
Seorang lagi pengguna media sosial menambah, hubungan akrab manusia dengan haiwan sangat bermakna jika masing-masing saling sayang menyayangi.
"Perhubungan erat antara seorang lelaki dan seekor gajah sangat menyentuh hati. Perhatikan bagaimana penjaganya berhati-hati mengendalikan haiwan tersebut sebelum mereka berpisah," katanya.
Kisah mengenai gajah dan manusia pernah menjadi tular di media sosial sebelum ini di mana haiwan tersebut pernah menyelamatkan seorang lelaki lemas di Thailand.
Pada tahun 2016, rakaman menunjukkan seekor gajah meredah sungai untuk menyelamatkan seorang lelaki daripada mati lemas. Kejadian tersebut dirakamkan di Taman Alam Semulajadi Gajah di Utara Thailand. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023
Gelagat anak gajah yang enggan melepaskan penjaganya tular di media sosial baru-baru ini. - Foto agensi
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.
Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman
Insiden di negeri Assam itu sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai interaksi manusia dengan haiwan liar mungkin menjadi 'tegang'.
Anak gajah enggan lepas penjaga meruntun hati netizen
Seekor gajah memeluk seorang lelaki dengan belalainya seolah-olah berat melepaskannya pergi ke habitat asalnya.