Anak kepada salah seorang penumpang MH17, yang terpaksa menjual rumah keluarga selepas ibunya terbunuh dalam nahas MH17, telah memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines di Mahkamah Agung Australia, lapor Sydney Morning Herald
Tim Lauschet, yang juga terpaksa melepaskan jawatannya setelah kehilangan ibu, Gabriele Lauschet, telah menerima AS$50,000 sebagai wang pampasan tetapi peguam belanya berkata di bawah undang-undang antarabangsa, semua keluarga mangsa sepatutnya menerima bayaran permulaan sebanyak AS $113,100, di mana penerimaan jumlah ini tidak akan menghalang mereka daripada membuat tuntutan lagi.
Dalam tuntutan saman yang difailkan terhadap Malaysia Airlines di Australia, Lauschet, 24, menyatakan bahawa dia menerima pendidikan, latihan, kasih sayang, sokongan dan dorongan serta bantuan kewangan daripada ibunya.
Plaintif juga mengalami masalah psikiatri dan/atau psikologi yang diiktiraf berpunca daripada kematian ibunya, tambah laporan tersebut.
Dalam perbicaraan tersebut, plaintif berkata dia tidak mampu bekerja selepas kehilangan ibunya.
Pada 17 Julai tahun lepas, penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine dan semua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17, termasuk 38 warga Australia, terbunuh.
Lauschet dilaporkan berkata dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana MAS enggan memberi maklum balas kepada soalan-soalan yang dihantar oleh peguamnya pada bulan Januari.
"Apa pilihan yang saya ada?
"Saya marah dan kesal. Saya cuba untuk menceriakan kembali kehidupan tetapi nampaknya Malaysia Airlines enggan untuk membantu saya," katanya.
Menurut peguam Jerry Skinner dari LHD sebuah firma undang-undang di Sydney yang mewakili plaintif dan keluarga mangsa yang lain, mereka meminta mahkamah untuk menyediakan senarai ganti rugi sedia ada berjumlah sekurang-kurangnya AS$113,100 sebagai wang pampasan kepada keluarga mangsa.
Malah, ada yang mempersoalkan mengapa penerbangan MH17 mengambil "jalan singkat" dengan memasuki ruang udara Ukraine.
Dia juga berkata, “MAS tidak menyatakan bagaimana mereka mengira apa yang mereka tawarkan kepada pelanggan kami dan angkanya agak rendah".
Bagaimanapun, menurut SMH, Malaysia Airlines nampaknya tidak mengetahui saman yang telah difailkan
Malah, MAS telah menghubungi semua keluarga mangsa nahas untuk membuat kesimpulan wang pampasan.
Dalam satu kenyataan: "Malaysia Airlines belum lagi menerima saman yang difailkan di Mahkamah Agung New South Wales.
Walau bagaimanapun, beberapa keluarga telah memilih untuk mengekalkan peguam mereka sendiri dan MAS telah meminta peguam tersebut untuk mengemukakan butir-butir tuntutan pelanggan mereka.
Oleh kerana, MAS tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perkara itu, sebarang komen di peringkat ini akan menjadi spekulasi.
Kohilah Sekaran
Sun Jul 19 2015
Anak kepada salah seorang penumpang MH17 telah memfailkan kes saman terhadap Malaysia Airlines.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.