Skip to main content

Dunia

Anak perempuan, menantu lelaki, cucu pemimpin agung terbunuh - Media Iran

Two women embrace during a demonstration in reaction to the U.S. and Israeli strikes on Iran on Saturday, Feb. 28, 2026, in Los Angeles. (AP Photo/Caroline Brehman)
Dua wanita berpelukan ketika mengadakan demonstrasi sebagai reaksi kepada serangan udara yang dilancarkan AS dan Israel ke atas Iran, di Los Angeles, 28 Feb 2026. (Foto AP)

ISTANBUL: Anak perempuan, menantu lelaki dan cucu perempuan Pemimpin Agung Iran Ali Hosseini Khamenei terbunuh, lapor Anadolu Ajansi (AA) dengan memetik media tempatan.

Agensi Berita Fars melaporkan pada Ahad, dengan memetik sumber yang rapat dengan pejabat pemimpin itu, bahawa kematian tersebut disahkan selepas hubungan dijalin dengan sumber bermaklumat di kediaman pemimpin agung itu.

Agensi itu turut melaporkan bahawa seorang daripada menantu perempuan pemimpin agung berkenaan terbunuh dalam serangan pada pagi Sabtu.

Ia tidak memberikan butiran mengenai keadaan serangan tersebut.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Advertisement

Must Watch Video