awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak perempuan Nelson Mandela meninggal dunia

Agensi
Agensi
13/07/2020
14:07 MYT
Anak perempuan Nelson Mandela meninggal dunia
Punca kematian Zindzi Mandela belum lagi dinyatakan. - Foto REUTERS
Dunia hari ini dikejutkan dengan satu lagi berita kematian, melibatkan anak perempuan kepada pasangan pemimpin anti apartheid Afrika Selatan, Nelson dan Winnie Mandela.
Zindzi Mandela yang menggalas tanggungjawab sebagai Duta Besar Afrika Selatan ke Denmark disahkan meninggal dunia pada usia 59 tahun.
Berita kematian itu dilaporkan agensi berita Sputnik yang memetik Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan (SABC) pada Isnin.
Bagaimanapun, punca kematiannya belum lagi dinyatakan.
Zindzi merupakan anak bongsu daripada tiga anak perempuan Nelson Mandela dan merupakan yang kedua bersama Winnie Madikizela Mandela, iaitu isteri keduanya.
Pada tahun 1985, anak perempuan Mandela itu menjadi tumpuan seluruh dunia ketika pemerintah minoriti kulit putih menawarkan untuk membebaskan Nelson Mandela dari penjara jika dia mengecam kekerasan yang dilakukan oleh gerakannya, Kongres Nasional Afrika, menentang apartheid.
Topic Berkaitan
#anak
#apartheid
#meninggal dunia
#Nelson Mandela
#Zindzi Mandela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan