awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ancaman bom' dikesan dalam penerbangan Turkish Airlines ke Barcelona

Bernama
Bernama
15/01/2026
14:55 MYT
'Ancaman bom' dikesan dalam penerbangan Turkish Airlines ke Barcelona
Protokol keselamatan diaktifkan selepas "ancaman bom" dikesan dalam penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul ke Barcelona. - Gambar fail/REUTERS
GENEVA: Protokol keselamatan diaktifkan selepas "ancaman bom" dikesan dalam penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul ke Barcelona, menurut syarikat penerbangan itu pada Khamis, dengan pemeriksaan sedang dijalankan selepas pesawat mendarat dengan selamat, dan lapangan terbang beroperasi seperti biasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Ancaman bom dikesan dalam penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul ke Barcelona; protokol keselamatan diaktifkan.
  • Penumpang membuka 'hotspot' WiFi peribadi dan menamakan rangkaian dengan ancaman bom; prosedur keselamatan penerbangan dimulakan.
  • Pemeriksaan dilakukan selepas pesawat mendarat selamat di Lapangan Terbang Barcelona-El Prat; operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa.

Naib Presiden Kanan Komunikasi syarikat penerbangan itu, Yahya Ustun, berkata di platform media sosial X bahawa "semasa pesawat menghampiri Barcelona bagi penerbangan Istanbul-Barcelona TK1853, dikesan seorang penumpang telah membuka 'hotspot' WiFi peribadi di dalam pesawat dan menamakan rangkaian itu dengan perkataan ancaman bom.
"Prosedur yang diperlukan segera dimulakan dalam ruang lingkup keselamatan penerbangan," katanya.
Beliau menambah bahawa selepas pesawat mendarat dengan selamat, pemeriksaan dijalankan oleh pihak berkuasa Sepanyol mengikut "kerangka peraturan keselamatan penerbangan antarabangsa."
Pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena, berkata operasi di Lapangan Terbang Josep Tarradellas Barcelona-El Prat berjalan "seperti biasa."
Aena berkata di X bahawa lapangan terbang itu "beroperasi dengan sepenuhnya normal," sambil menambah bahawa "berikutan satu ancaman dalam penerbangan, protokol telah diaktifkan dan pasukan keselamatan sedang menilai situasi."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#Turkish Airlines
#barcelona
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan