awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman gunung berapi, Kilauea terus muntahkan lahar

Agensi
Agensi
14/05/2018
22:41 MYT
Ancaman gunung berapi, Kilauea terus muntahkan lahar
Gunung berapi Kilauea di Big Island Hawaii terus meletus dan mengalirkan lahar. - Foto REUTERS/Terray Sylvester
Gunung berapi Kilauea di Big Island Hawaii terus meletus dan mengalirkan laharnya ke arah laut berhampiran.
Letusan baru dilaporkan pada Isnin di Kabupaten Lanipuna Gardens, kawasan di mana penduduknya dipindahkan dan masih belum dibenarkan pulang.
Pegawai pertahanan awam memberi amaran Kilauea akan terus melepaskan gas gunung berapi dan mengeluarkan asap dan debu secara berpanjangan.
Imej video yang diambil dari udara oleh Pengawal Kebangsaan Hawaii pada Sabtu mendedahkan tahap kemusnahan dan kerosakan disebabkan letusan gunung berapi berkenaan.
Balai Cerap Volcano Hawaii mengatakan aliran lahar kini telah terbentuk dan perlahan-lahan bergerak ke arah lautan kira-kira 3.2 kilometer.
Bagaimanapun, tiada rumah kediaman atau jalan raya yang terjejas oleh aliran ini.
Kilauea mula meletus pada 3 Mei lalu dengan hampir 2,000 penduduk diarahkan untuk berpindah. Mereka kini masih belum dibenarkan pulang atas faktor keselamatan.
Lahar dari Kilauea setakat ini telah memusnahkan lebih daripada 40 struktur bangunan.
Ahli geologi memberi amaran bahawa Kilauea berupaya menghasilkan letupan yang besar dan boleh menghemburkan batu-batu besar dan abu ke langit.
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Hawaii
#kilauea
#lava
#letupan
#pindah
#rumah
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan