Skip to main content

Dunia

ASEAN 2026: Malaysia gesa Jepun guna pengaruh diplomatik redakan ketegangan di Palestin

Malaysia menyambut baik komitmen Jepun terhadap penyelesaian dua negara serta sokongan berterusannya terhadap usaha pembinaan negara Palestin. - Foto ASEAN 2026
Malaysia menyambut baik komitmen Jepun terhadap penyelesaian dua negara serta sokongan berterusannya terhadap usaha pembinaan negara Palestin. - Foto ASEAN 2026

Ringkasan AI

  • Malaysia menggesa Jepun menggunakan pengaruh diplomatiknya untuk meredakan ketegangan di Palestin dan memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan.
  • Malaysia menyambut baik komitmen Jepun terhadap penyelesaian dua negara dan sokongan berterusan kepada usaha pembinaan negara Palestin melalui CEAPAD.
  • Malaysia menyatakan kebimbangan serius terhadap pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara yang melanggar beberapa resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Advertisement

MANILA: Malaysia menggesa Jepun memanfaatkan pengaruh diplomatiknya bagi mendorong usaha meredakan ketegangan di Palestin, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta menghentikan tindakan yang menjejaskan prospek keamanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia turut menyambut baik komitmen Jepun terhadap penyelesaian dua negara serta sokongan berterusannya terhadap usaha pembinaan negara Palestin.

“Berhubung Palestin, kita menggalakkan Jepun memanfaatkan pengaruh diplomatiknya untuk mendesak usaha meredakan ketegangan, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta menghentikan tindakan yang menjejaskan prospek keamanan,” katanya.

Advertisement

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, bagi pihaknya pada Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-29 di sini, Selasa.

Anwar berkata, Malaysia turut menghargai komitmen Jepun terhadap penyelesaian dua negara serta sokongannya dalam usaha pembinaan negara Palestin menerusi Persidangan Kerjasama Negara-negara Asia Timur bagi Pembangunan Palestin (CEAPAD).

Advertisement

“Malaysia menyambut baik komitmen Jepun terhadap penyelesaian dua negara dan sokongannya terhadap usaha pembinaan negara Palestin menerusi CEAPAD,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Anwar menyatakan kebimbangan serius Malaysia terhadap tindakan berterusan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang melanggar beberapa resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Berhubung Korea Utara, Malaysia kekal amat bimbang terhadap pelancaran peluru berpandu balistik negara itu yang melanggar beberapa resolusi Majlis Keselamatan PBB,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement