awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman penembak aktif, Dewan Senat AS laksana 'lockdown'

Bernama
Bernama
03/08/2023
04:10 MYT
Ancaman penembak aktif, Dewan Senat AS laksana 'lockdown'
Polis Capitol AS meminta orang ramai di dalam bangunan Senat untuk berlindung di tempat selamat ketika pegawai polis menggeledah bangunan untuk mencari suspek. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) pada petang Rabu ketika Polis Capitol AS menyiasat laporan "seorang penembak aktif" di bangunan pejabat itu, lapor Xinhua.
"Pegawai kami sedang mengesan di dalam dan di sekitar bangunan pejabat Senat sebagai tindak balas kepada panggilan 911(kecemasan) berkenaan. Sila jauhi kawasan itu kerana kami masih menyiasat," ciap Polis Capitol AS pada 2:45 petang (1845 GMT).
Polis Capitol AS meminta orang ramai di dalam bangunan Senat untuk berlindung di tempat selamat ketika pegawai polis sedang menggeledah bangunan untuk mencari suspek. Isyarat ancaman tamat dikeluarkan pada 4:04 petang (2004 GMT).
Polis Capitol AS kemudian berkata pihaknya bersedia untuk membuka semula bangunan pejabat Senat.
Ketua Polis Capitol AS Thomas Manger memberitahu pemberita bahawa panggilan kecemasan mengenai penembak aktif mungkin palsu dan tiada pengesahan mengenai ancaman itu.
Dewan Senat kini dalam cuti rehat musim panas dan kebanyakan anggota kongres tidak berada di Washington, D.C.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#penembak aktif
#Dewan Senat
#lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan