awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota keselamatan diserang, Tunisia ikrar 'balas dendam'

Bernama
Bernama
11/07/2018
03:12 MYT
Anggota keselamatan diserang, Tunisia ikrar 'balas dendam'
Ahli keluarga dan saudara mara menghadiri perarakan pengebumian salah seorang anggota pasukan keselamatan yang terbunuh dalam serangan di Rades, selatan Tunis, Tunisia, 9 Julai, 2018. (Foto AP)
Kerajaan Tunisia berikrar akan bertindak balas terhadap keganasan, ekoran serangan "pengganas" ke atas sebuah stesen kawalan sempadan di barat laut Tunisia, yang membunuh sekurang-kurangnya sembilan anggota pasukan keselamatan.
"Kami berjanji akan bertindak dan 'balas dendam'," kata Menteri Dalam Negeri, Ghazi Jeribi berhubung serangan pada Ahad itu.
Jeribi menyifatkan serangan tersebut sebagai "pengecut", sambil menegaskan "pihak keselamatan tidak akan hilang tumpuan dan semangat moral lebih tinggi berbanding sebelumnya."
Katanya, anggota pasukan rondaan di sempadan diserang sekumpulan pengganas, yang jumlahnya tidak diketahui, menggunakan periuk api anti-kereta kebal.
Menurut agensi berita rasmi Tunisia TAP, pengganas melepaskan tembakan dari tiga arah berlainan di Wilayah Jendouba.
Kementerian Dalam Negeri mengesahkan lapan anggota terbunuh di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia kemudian, akibat kecederaan serius.
Sejak 2011, pusat kawalan keselamatan dan tentera Tunisia menjadi sasaran utama kumpulan serta organisasi radikal.
-- BERNAMA-NNN-XINHUA
Topic Berkaitan
#Ghazi Jeribi
#keganasan
#meninggal dunia
#pasukan keselamatan
#pengganas
#periuk api
#serangan
#tentera
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan