awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas

Sinar Harian
Sinar Harian
03/12/2024
01:15 MYT
Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas
Tabung gas digunakan oleh suspek untuk memukul kepala ibunya. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Seorang anggota polis tergamak membunuh ibu kandungnya dalam kejadian menggemparkan pada akhir minggu lalu.
Ajun Inspektur Polisi Dua (Aipda) Nikson Pangaribuan atau Ucok, 41, melakukan perbuatan tersebut di Kampung Rawajamun, Desa Dayeuh, Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Jawa Barat di Indonesia.
Suspek telah diberkas pihak berkuasa dan disahkan sebagai anggota yang berkhidmat di Kepolisian Resort Metro (Polrestro) Bekasi.
"Dia kini sedang disoal siasat dan dikaitkan dengan kes pelanggaran kod etika. Beberapa saksi turut dipanggil untuk memberi keterangan.
"Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa," kata jurucakap polis, Bambang Satriawan pada Isnin.
Menurutnya, insiden itu terjadi di warung milik mangsa, Herlina Sianipar, 61, ketika dia sedang melayani pelanggan.
"Nikson datang dari arah belakang lalu menolak ibunya hingga jatuh tersungkur ke lantai. Seperti kerasukan, dia menghentam kepala ibunya dengan tabung gas seberat tiga kilogram sebanyak tiga kali," ujarnya lagi.
Seorang pelanggan turut menyaksikan kejadian tersebut, namun tidak berbuat apa-apa kerana takut.
Saksi hanya memaklumkan kepada penduduk sekitar setelah suspek melarikan diri dengan kenderaan pikap Suzuki.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#bunuh ibu
#tong gas
#anggota polis
#pertengkaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan