awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat banjir di Myanmar cecah hampir 270 orang

Bernama
Bernama
19/09/2024
16:15 MYT
Angka kematian akibat banjir di Myanmar cecah hampir 270 orang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa 630,000 orang di Myanmar mungkin memerlukan bantuan susulan Taufan Yagi. - Reuters
HANOI: Angka kematian akibat banjir besar yang sedang melanda Myanmar meningkat kepada hampir 270 orang, dengan 88 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa Myanmar.
Menurut Kerajaan Myanmar, hampir 270,000 hektar tanaman padi dan tanaman lain telah ditenggelami air, dan lebih 100,000 ternakan mati, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa 630,000 orang di Myanmar mungkin memerlukan bantuan susulan Taufan Yagi.
Sebagai tindak balas terhadap kecemasan ini, Myanmar telah merayu bantuan antarabangsa. Pada 18 September, sebuah kapal Tentera Laut India tiba di Pelabuhan Yangon membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.
Taufan Yagi yang melanda Asia Tenggara bulan ini telah menyebabkan kerosakan teruk di beberapa negara, termasuk Thailand, Laos, Vietnam dan Myanmar.
Angka rasmi menunjukkan hampir 600 kematian di seluruh rantau ini akibat banjir dan tanah runtuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taufan yagi
#Myanmar
#banjir
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan