PENDUDUK di barat tengah Amerika Syarikat (AS) yang terjejas akibat bencana puting beliung dan ribut ganas kini mengira nilai kemusnahan yang dihadapi mereka.

Bencana yang melanda Sabtu lalu kini meragut sekurang-kurangnya 32 nyawa.

Ribut yang membadai ibu kota Arkansas itu telah meranapkan bumbung venue konsert popular di Illinois dengan jumlah kerosakan yang tinggi.

Gabenor Arkansas, Sarah Huckabee Sanders mengisytiharkan darurat susulan lima individu dari kawasan itu diyakini terbunuh.

Puting beliung yang melanda 11 negeri memusnahkan rumah dan perniagaan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengesahkan pada Ahad bahawa puting beliung tersebut menyebabkan kerosakan di beberapa rumah berhampiran Bridgeville, Delaware.

Angka kematian termasuk sekurang-kurangnya sembilan orang di daerah Tennessee, lima di Indiana dan empat di Illinois.

Kematian lain akibat ribut yang melanda malam Jumaat hingga Sabtu dilaporkan di Alabama dan Mississippi.

Tennessee merekodkan sekurang-kurangnya 15 kematian, termasuk sembilan kematian di McNairy County, timur Memphis, menurut Patrick Sheehan, Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Tennessee.