awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat tanah runtuh di Filipina meningkat kepada 15, 110 hilang

Bernama
Bernama
09/02/2024
10:07 MYT
Angka kematian akibat tanah runtuh di Filipina meningkat kepada 15, 110 hilang
Angka kematian akibat tanah runtuh yang melanda perkampungan di wilayah Davao de Oro selatan Filipina pada malam Selasa meningkat kepada 15, manakala 110 masih hilang. - Foto REUTERS
MANILA: Angka kematian akibat tanah runtuh yang melanda perkampungan di wilayah Davao de Oro selatan Filipina pada malam Selasa meningkat kepada 15, manakala 110 masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.
Kerajaan perbandaran Maco dalam satu kenyataan mendedahkan seramai 31 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.
Laporan terkini mendedahkan sekurang-kurangnya 110 mangsa masih hilang dan pejabat pencegahan bencana tempatan sedang mengesahkan angka terbabit, lapor Xinhua.
Terdahulu, Palang Merah Filipina melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan seorang bayi lelaki berusia dua bulan berjaya diselamatkan selepas tertimbus selama dua hari.
Pihak berkuasa tempatan berkata insiden terbabit mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,166 keluarga hilang tempat tinggal dan terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh di Filipina
#Davao de Oro
#angka kematian
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan