Skip to main content

Dunia

Angka kematian runtuhan salji di kem induk Gunung Himlung meningkat kepada 15

Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang terselamat selepas runtuhan salji menimbus Kem Pangkalan Himlung di Nepal. - Foto REUTERS
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang terselamat selepas runtuhan salji menimbus Kem Pangkalan Himlung di Nepal. - Foto REUTERS

Advertisement

KATHMANDU: Pasukan mencari dan menyelamat menemukan lapan lagi mayat di lokasi kejadian runtuhan salji di Kem Induk Gunung Himlung, Daerah Manang, Nepal pada Khamis, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban kepada 15 orang, kata seorang pegawai, lapor Xinhua.

Dua daripada mayat yang ditemukan diterbangkan dengan helikopter ke hospital daerah di Chame, manakala enam lagi dibawa ke Kampung Phu di daerah berkenaan.

“Daripada 16 orang yang dilaporkan hilang dalam bencana itu, 15 mayat ditemukan setakat Khamis. Walaupun semua barangan milik individu terakhir yang masih hilang ditemukan, seorang masih belum dapat dikesan,” kata Penolong Ketua Pegawai Daerah Krishna Prasad Paudel, kepada Xinhua.

Kesemua 16 individu itu, termasuk malim gunung dan kakitangan dapur daripada dua syarikat ekspedisi, berada di kem induk pada puncak setinggi 7,126 meter berkenaan untuk membuat persiapan kem dan memasang tali ketika runtuhan salji berlaku pada awal pagi Ahad.

Paudel berkata operasi mencari individu terakhir yang masih hilang akan diteruskan pada Jumaat.

--BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement