awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin

Bernama
Bernama
16/05/2024
08:30 MYT
Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin
Bencana tersebut telah menjejaskan 989 keluarga, dengan 20 individu hilang dan 44 cedera setakat Rabu. - Gambar fail/ Reuters
JAKARTA: Angka kematian akibat hujan lebat pada malam Sabtu lepas yang mencetuskan banjir kilat dan aliran lahar dingin dari gunung berapi aktif Gunung Marapi, meningkat kepada 67 orang di beberapa daerah di Sumatera Barat.
Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) melaporkan bahawa bencana tersebut telah menjejaskan 989 keluarga, dengan 20 individu hilang dan 44 cedera setakat Rabu pada 12.10 tengah hari waktu tempatan.
Ketua BNPB, Leftenan Jeneral Suharyanto yang melawat beberapa pusat perlindungan sementara di daerah Tanah Datar dan Agam, menyatakan bahawa penduduk di zon bahaya mungkin akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Beliau berkata agensi seperti BNPB, agensi geologi dan meteorologi sedang menilai kawasan yang terjejas dan menentukan keperluan pemindahan.
"Pemerintah provinsi akan menyediakan tanah dan pemerintah pusat, khususnya Kementerian Kerja Raya dan BNPB, akan mengawasi pembinaan rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Suharyanto juga menyatakan bahawa pihak berkuasa pusat dan tempatan sedang melakukan usaha maksimum dalam meneruskan operasi mencari dan menyelamat, di samping melaksanakan langkah-langkah tindak balas kecemasan yang lain.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gunung marapi
#banjir
#lahar dingin
#banjir kilat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan