Skip to main content

Dunia

Prospek perdamaian Rusia-Ukraine "tidak kelihatan baik" - Marco Rubio

Rubio turut menyuarakan kekecewaan terhadap Rusia yang menurutnya masih tidak menunjukkan kesediaan untuk membuat konsesi bagi menamatkan konflik itu. - Gambar Reuters
Rubio turut menyuarakan kekecewaan terhadap Rusia yang menurutnya masih tidak menunjukkan kesediaan untuk membuat konsesi bagi menamatkan konflik itu. - Gambar Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio berkata pada Rabu, prospek untuk menamatkan perang antara Rusia dan Ukraine masih suram berikutan kedua-dua pihak enggan mencapai kompromi yang diperlukan bagi menjayakan perjanjian damai.

“Buat masa ini, prospeknya tidak kelihatan baik dan kedua-dua pihak nampaknya belum bersedia untuk membuat konsesi yang diperlukan bagi mencapai satu persetujuan,” kata Rubio ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan.

Rubio turut menyuarakan kekecewaan terhadap Rusia yang menurutnya masih tidak menunjukkan kesediaan untuk membuat konsesi bagi menamatkan konflik itu.

Advertisement

Beliau menegaskan yang perang itu “tidak mempunyai penyelesaian ketenteraan” dan perlu diselesaikan melalui saluran diplomatik. 

Namun, beliau mengakui, Amerika Syarikat bukan “pengantara yang berkecuali” kerana Washington terus membekalkan senjata kepada Ukraine.

Advertisement

Menurut beliau, sokongan AS kepada Kyiv tidak terjejas oleh konflik yang sedang berlaku di Asia Barat.

“Saya tidak mempunyai perkembangan baharu untuk dikongsikan hari ini, tetapi kami bersedia untuk memainkan apa sahaja peranan positif yang mampu kami lakukan bagi membantu menamatkan perang yang dahsyat dan semakin meruncing ini,” katanya.

Perang Rusia-Ukraine yang berlarutan sejak 2022 terus meragut nyawa dan memberi kesan besar terhadap keselamatan, ekonomi serta kestabilan geopolitik di Eropah dan peringkat global.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement