awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban berkaitan kultus di Kenya cecah 34, 11 suspek ditahan

Bernama
Bernama
04/09/2025
10:05 MYT
Angka korban berkaitan kultus di Kenya cecah 34, 11 suspek ditahan
Siasatan baharu itu mengimbau kembali kenangan pahit tragedi pembunuhan beramai-ramai di Shakahola pada 2023, di mana lebih 400 mayat ditemui yang dikaitkan dengan kultus kebuluran. - AP
NAIROBI: Penggalian semula beberapa kubur di Kilifi County, Kenya menemukan 34 mayat dan 102 bahagian tubuh manusia, dengan 11 suspek kini ditahan dalam apa yang disifatkan pihak berkuasa sebagai kemunculan semula pembunuhan berkaitan kultus, lapor Anadolu Ajansi pada Rabu.
Ketua Polis Douglas Kanja, yang melawat tapak Kwa Binzaro, berkata empat daripada suspek dikenal pasti sebagai sasaran utama siasatan kematian berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kebanyakan mangsa bukan penduduk tempatan, sekali gus menyukarkan proses pengecaman.
"Setakat ini, sebanyak 32 mayat telah ditemukan hasil penggalian semula kubur, manakala dua lagi mayat turut ditemukan di kawasan ini, menjadikan keseluruhan 34 mayat. Sebanyak 102 bahagian tubuh manusia juga berjaya dikeluarkan.
"Kami telah menghantar pasukan penyiasat terbaik ke sini dan tidak lama lagi, kami akan menyiapkan kertas siasatan lengkap," kata Kanja kepada pemberita.
Siasatan baharu itu mengimbau kembali kenangan pahit tragedi pembunuhan beramai-ramai di Shakahola pada 2023, juga di Kilifi County, di mana lebih 400 mayat digali dari kubur cetek yang dikaitkan dengan kultus kebuluran yang diketuai oleh Paul Nthenge Mackenzie.
Ramai mangsa termasuk kanak-kanak disahkan meninggal dunia akibat kebuluran yang disengajakan, lemas atau dipukul, menjadikannya antara kekejaman berkaitan kultus paling dahsyat dalam sejarah moden Afrika.
Kilifi terletak kira-kira 426 kilometer ke tenggara Nairobi di sepanjang pesisir pantai Lautan Hindi Kenya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#kultus
#Kenya
#mayat
#Pembunuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan