Angka korban feri karam di selatan Filipina meningkat kepada 36 orang

Anggota Pengawal Pantai Filipina menghulurkan bantuan kepada mangsa di atas kapal M/V Trisha Kerstin 3 di sekitar perairan Pulau Baluk-Baluk, Basilan, Filipina, 26 Jan 2026. (Foto AP)
MANILA: Pengawal Pantai Filipina (PCG) melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban akibat sebuah feri yang karam di selatan Filipina telah meningkat kepada 36 orang selepas lima lagi mayat ditemukan, lapor Xinhua.
Operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan masih ditumpukan untuk mengesan lokasi kapal MV Trisha Kerstin 3 yang karam itu serta baki mangsa yang masih hilang, kata PCG.
PCG mengesahkan bahawa seramai 316 orang terselamat. Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum menyatakan dengan tepat jumlah individu yang masih hilang berikutan kejadian karam pada Isnin itu.
Kapal berkenaan karam di luar pantai wilayah Basilan pada awal pagi Isnin ketika dalam perjalanan dari Bandar Zamboanga ke Pulau Jolo di wilayah Sulu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


