Skip to main content
Advertisement

Dunia

Angka korban kebakaran asrama sekolah di Kenya meningkat kepada 16

Seorang pelajar yang cedera dipindahkan selepas kebakaran awal pagi di Sekolah Perempuan Utumishi di kawasan Gilgil, tengah Kenya. - Foto AP
Seorang pelajar yang cedera dipindahkan selepas kebakaran awal pagi di Sekolah Perempuan Utumishi di kawasan Gilgil, tengah Kenya. - Foto AP

Advertisement

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 16 pelajar perempuan maut manakala 79 yang lain cedera susulan kebakaran besar yang melanda asrama sekolah di Utumishi Girls Academy di Nakuru, tengah Kenya pada awal pagi Khamis, menurut pihak berkuasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pegawai pendidikan memaklumkan siasatan berhubung kebakaran itu masih dijalankan ketika pihak berkuasa berusaha mengesahkan identiti mangsa.

β€œDaripada keseluruhan 808 pelajar perempuan, 79 mengalami kecederaan. Seramai 71 telah dirawat dan dibenarkan pulang, manakala tujuh lagi masih menerima rawatan di hospital.

β€œKami merekodkan 16 mangsa maut yang identitinya masih dalam proses dikenal pasti,” kata Menteri Pendidikan Julius Ogamba.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Kipchumba Murkomen menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai punca kebakaran sehingga siasatan selesai, sambil berkata prosedur keselamatan sekolah akan menjadi sebahagian daripada siasatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement