awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13

Bernama
Bernama
09/03/2025
03:20 MYT
Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13
Rakaman dari udara keadaan banjir di Bahia Blanca susut dilanda ribut. - Foto REUTERS
BUENOS AIRES: Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.
Mereka turut memberi amaran bahawa jumlah itu mungkin meningkat kerana operasi menyelamat masih diteruskan.
Ribut itu mencetuskan banjir besar, menyebabkan bandar dan kawasan sekitarnya ditutup. Sekurang-kurangnya 1,059 orang dipindahkan, dan Hospital Besar Dr Jose Penna turut dinaiki air, memaksa kakitangan memindahkan pesakit, termasuk bayi baru lahir, ke kawasan yang lebih selamat.
Kerajaan Argentina telah mengerahkan kru kecemasan, dengan pegawai peringkat nasional dan wilayah menyelaraskan usaha bantuan.
"Kita perlu membina semula bandar itu," kata Menteri Kerajaan Wilayah Buenos Aires, Carlos Bianco. "Sesetengah orang kehilangan segala-galanya."
Pegawai berkata ribut itu membawa hujan 11.8 hingga 13.8 inci dalam masa beberapa jam sahaja - hujan paling lebat dalam sejarah bandar itu - memecahkan rekod yang dicatatkan pada 1933.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#ribut
#Bahia Blanca
#operasi menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan