awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban serangan Israel di Gaza kini cecah 21,822 orang

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2024
23:20 MYT
Angka korban serangan Israel di Gaza kini cecah 21,822 orang
Orang awam telah menanggung beban terbesar serangan dengan rumah, kemudahan awam, sekolah dan hospital menjadi sasaran secara berterusan. - Foto X/Times of Gaza
GAZA: Operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas telah membunuh 21,822 rakyat Palestin dan mencederakan 56,451 yang lain.
Kementerian Kesihatan di Gaza memaklumkan, angka itu termasuk 150 rakyat Palestin yang terbunuh manakala 286 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas.
Menurut kementerian itu sebagaimana dilaporkan agensi berita Anadolu, kira-kira 70 peratus daripada mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Orang awam telah menanggung beban terbesar serangan dengan rumah, kemudahan awam, sekolah dan hospital menjadi sasaran secara berterusan.
Ini termasuk 65,000 kediaman, 117 masjid dan 92 sekolah dan universiti yang telah musnah.
Selain itu 290,000 kediaman, 285 institusi pendidikan, 208 masjid dan tiga gereja telah mengalami kerosakan teruk.
Serangan yang disasarkan juga telah meninggalkan kesan terhadap infrastruktur penting dengan 25 hospital dan 53 pusat kesihatan tidak lagi berfungsi.
Antara yang terbunuh ialah 312 profesional penjagaan kesihatan dan 40 anggota pertahanan awam, selain 106 wartawan yang kehilangan nyawa mereka semasa bertugas.
Sebanyak 7,000 lagi mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Kebimbangan antarabangsa yang meningkat mendorong gesaan untuk menghentikan segera konflik dan meningkatkan usaha bantuan kemanusiaan untuk menangani krisis yang semakin meruncing di wilayah itu.
Serangan Israel telah memusnahkan Gaza, dengan hampir 2 juta orang penduduk kehilangan tempat tinggal di wilayah yang padat penduduk itu di tengah-tengah kekurangan makanan dan air bersih.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#operasi kententeraan
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan