Sebuah ajaran sesat di Indonesia tumpas berikutan penahanan seorang warga emas yang mengaku dirinya seorang rasul.
Dalam kejadian di Sulawesi Selatan, warga emas berusia 74 tahun itu yang kini dalam tahanan pihak polis telah meyakinkan pengikutnya bahawa ajaran yang dibawa boleh membuatkan pengamalnya masuk ke syurga dengan mudah.
Lebih memeranjatkan, ajaran dikenali sebagai aliran Tarekat Tajul Khalwatiyah Tariq Sheikh Yusuf itu juga akan memberikan kad syurga kepada pengikutnya, namun wajib membayar sebanyak Rp10,000 (RM3) dan Rp50,000 (RM15) untuk mendapatkan kad yang mengesahkan mereka menjadi ahli aliran tersebut.
Menurut polis Indonesia, warga emas yang menganggap dirinya sebagai seorang mahaguru itu juga berjaya memperdaya pengikutnya dengan kata-kata kononnya dia mampu memanjangkan umur seseorang, lapor Tribun Gowa.
"Semua pengikut juga dikehendaki membayar zakat berdasarkan berat badan iaitu 1 kilogram bersamaan dengan RM1.50 dan mereka juga perlu membayar zakat maal atau aset yang bernilai 2.5 peratus daripada hasil pendapatan mereka.
"Dia kini didakwa atas pelbagai tuduhan seperti penipuan, pencacatan nikah, talak dan rujuk, menghina agama dan pengubahan wang haram dan modus operandinya hanyalah untuk menyesatkan pengikutnya.
"Para pengikutnya dijanjikan keselamatan dunia dan akhirat, namun akhirnya agama sesat ini tumpas dan kini dalam siasatan pihak polis dan di samping kerjasama Majlis Ulama Indonesia, kita juga berjaya merampas 138 keping bukti dari kediaman lelaki itu," katanya.
Sinar Harian
Fri Nov 08 2019

Warga emas yang mengetuai satu ajaran sesat di Sulawesi Selatan, di sini berjaya ditumpaskan dan kini dalam tahanan pihak polis. -

Pelupusan Haram | Misteri bau busuk terjawab, JAS temui lombong 'kimia'
Misteri bau kurang menyenangkan yang mengganggu penduduk sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5, Putrajaya sejak seminggu lalu akhirnya terjawab. Ia dengan penemuan lokasi pencemaran bau dipercayai berpunca daripada bahan buangan kimia di lokasi tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk.

17 premis makanan kotor di Kelantan diarah tutup
Sebanyak 17 daripada 4,097 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup setakat ini berikutan gagal mematuhi peraturan kebersihan dari segi aspek penyediaan dan penyimpanan.

DAP jangka PRU15 diadakan tahun depan
DAP menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

Misteri bau busuk terjawab, JAS temui tapak pembuangan sisa kimia haram
Pemeriksaan JAS di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, Sepang mendapati lebih 100 tong besi berisi bahan kimia dipercayai dibuang di lokasi berkenaan.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air [TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976616/thumbnails/4194787531657012112327_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air
Ikuti Sidang Media Khas bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai Pencemaran Bau di Jenderam Hilir.

Pesara guru wanita maut ditikam anak lelaki
Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, petang tadi.

8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.

Banjir Baling: Dakwaan tanaman durian jadi punca, Ahli Parlimen desak projek dihenti
Penduduk di kawasan sekitar telah menghantar memorandum bantahan projek itu kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat 'Keluarga Dunia'
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan, serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pasca pandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Bapa mangsa kelar tidak simpan dendam kepada menantu
Walaupun kematian anak dan cucu, Rosman Ahmad tidak berdendam kepada menantunya, yang menjadi suspek kepada pembunuhan kejam. Walaupun suspek mengelar leher kedua-dua mangsa, Rosman yakin apa yang berlaku adalah di luar kawalan menantunya.

Ajaran sesat di Perak berasal dari negeri jiran - Ketua Polis Perak
Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti berlaku di Perak, disyaki berasal dari negeri jiran dan bertapak di daerah Muallim.

JAIPk kesan ajaran agama meragukan
Umat Islam di Perak dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengkaji latar belakang individu atau kumpulan agama.

'Wali tujuh' dibimbangi ancam keselamatan
Pihaknya bersama JHEAINS dan pejabat mufti masih mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu.

Tiga PATI terlibat ajaran sesat 'Wali Tujuh' direman 14 hari
Tiga lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dengan kegiatan ajaran sesat dan ilmu kebal 'Wali Tujuh' di Ladang Bukit Kertam Kinabatangan ditahan reman 14 hari.

Tiga PATI pengikut ajaran sesat, ilmu kebal 'Wali Tujuh' ditahan
Esscom menahan tiga lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas dipercayai terbabit ajaran sesat dan ilmu kebal 'Wali Tujuh'.

Kelantan pantau tahfiz elak ajaran sesat
Pemantauan dilakukan MAIK kerana setiap pusat pengajian terbabit berdaftar dengan institusi berkenaan.

Mufti Pulau Pinang mahu ajaran tasawuf ekstrem disiasat segera
Beliau berkata tindakan segera perlu diambil bagi mencegah ajaran tasawuf yang menyesatkan daripada disebarkan di negara ini.

47 kes ajaran sesat dilaporkan hingga September lalu - Idris
Daripada jumlah berkenaan, 33 kes perbuatan ajaran salah itu dilaporkan sepanjang tahun lalu, manakala 14 kes lagi dari Januari hingga September tahun ini.

Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis
Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dikenali sebagai Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat.

Ajaran sesat: Ketua wanita kumpulan PMYT ditahan di Shah Alam
Polis menahan wanita ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) di Shah Alam pada pagi Sabtu.