Skip to main content

Dunia

Ketua PBB kesal AS nafi visa kepada pegawai Palestin

The United Nations Secretary-General Antonio Guterres speaks during an interview with The Associated Press at the United Nations headquarters, Thursday, Sept. 17, 2026. (AP Photo/David R Martin)
Guterres kesal dengan tindakan Amerika Syarikat menafikan visa kepada pegawai Palestin sehingga menghalang Presiden Palestin, Mahmoud Abbas daripada menghadiri Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB tahun ini secara fizikal. - Gambar AP
Advertisement

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres kesal dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) menafikan visa kepada pegawai Palestin sehingga menghalang Presiden Palestin, Mahmoud Abbas daripada menghadiri Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB tahun ini secara fizikal, lapor Xinhua.

“Setiausaha Agung amat kesal dengan pengumuman Amerika Syarikat untuk melanjutkan sekatan yang akan menyebabkan anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pegawai Pihak Berkuasa Palestin dinafikan visa bagi menyertai mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric.

Guterres menggesa AS selaku negara tuan rumah memastikan visa dikeluarkan kepada semua delegasi selaras dengan tanggungjawabnya di bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB-AS 1947.

Menurut Dujarric, Guterres akan terus berhubung dengan pihak berkuasa AS berhubung perkara itu.

Perhimpunan Agung pada Khamis menerima pakai satu resolusi yang membolehkan Abbas menyertai Perbahasan Umum tahun ini secara maya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Jabatan Negara AS mengumumkan bahawa visa akan terus dinafikan kepada pegawai Palestin termasuk Abbas, sekali gus menghalangnya menghadiri Minggu Peringkat Tinggi secara fizikal untuk tahun kedua berturut-turut.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement