awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, Prayuth dijangka bincang rundingan damai selatan Thailand - Zambry

Bernama
Bernama
08/02/2023
15:42 MYT
Anwar, Prayuth dijangka bincang rundingan damai  selatan Thailand - Zambry
Anwar yang akan memulakan lawatan rasmi sulung ke Thailand selama dua hari bermula esok dilihat akan menyumbang momentum kepada proses dialog damai dan membantu mewujudkan keamanan di selatan Thailand.
BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membincangkan rundingan damai di selatan Thailand dalam pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya Prayuth Chan o-cha esok.
Anwar yang akan memulakan lawatan rasmi sulung ke Thailand selama dua hari bermula esok dilihat akan menyumbang momentum kepada proses dialog damai dan membantu mewujudkan keamanan di selatan Thailand.
"Kita akan serahkan kepada kebijaksanaan kedua-dua pemimpin dalam siri pertemuan empat mata untuk mereka membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan bersama bagi kedua pihak-pihak, " kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada satu sidang media di sini malam ini sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Thailand.
Malaysia merupakan fasilitator bagi proses rundingan damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun yang memuncak pada Januari 2004 di wilayah selatan di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.
Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Rundingan antara kerajaan dan pemberontak bermula pada 2013 tetapi terhenti berikutan rampasan kuasa tentera di Thailand setahun kemudian. Rundingan kemudian diteruskan tanpa membabitkan parti utama termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Jeneral Wanlop Rugsanoah mengetuai Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Prayuth Chan o-chaPrayuth Chan o-cha
#rundingan damai
#selatan thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan