DEMI rakaman gambar sempurna, wanita ini sanggup bahayakan nyawa minta selamatkan kamera walaupun sudah hampir lemas.
Macam-macam kepuasan manusia sekarang, kadangkala demi mengejar “content” dan viral mereka sanggup memperjudikan nyawa sendiri.
Tak dapat bayangkan jika kejadian ini meragut nyawanya, pasti ia menjadi tragedi hitam sepanjang hidup.
Demi mendapatkan rakaman gambar yang jelas dan sempurna, seorang wanita di Indonesia sanggup membahayakan nyawanya dengan bertindak memegang kayu swafoto meskipun dalam keadaan dilambung ombak kuat sehingga hampir lemas, lapor laman berita Suara.com.
Menerusi satu kilp video yang tular di media sosial, wanita tersebut pada awalnya dilihat sedang merakam gambar menggunakan kamera yang dipasang pada kayu swafoto.
Tidak lama selepas itu, kelihatan ombak besar menghampiri pantai, dan dalam sekelip mata ombak itu memenuhi kawasan darat sehingga menenggelamkan wanita terbabit.
“Saya berlari mengejar waktu supaya dapat merakam detik-detik ini,” kata wanita tersebut dalam video yang dirakamnya.
Meskipun tenggelam timbul di sebalik air laut yang naik ke darat, wanita berkenaan tetap memegang kayu swafoto dalam keadaan dia tersangkut pada dahan pokok dan akar kayu.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki muncul untuk menyelamatkannya, namun wanita berkenaan meminta lelaki tersebut untuk memegang kayu swafoto miliknya dan terus merakam gambar tanpa membantunya.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai kejadian tersebut.
“Sempat lagi dia berbuat begitu. Dia fikir dia berada di kolam renangkah?” komen seorang pengguna.
“Pada waktu dia tersepit pada dahan pokok, dia menyuruh orang menyelamatkan kayu swafotonya,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI
*Artikel asal di Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Fri Dec 10 2021

Demi rakaman gambar sempurna, wanita ini sanggup bahayakan nyawa minta selamatkan kamera walaupun sudah hampir lemas. -TikTok

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

JPJ Selangor nafi jadi punca kemalangan, sebaliknya bantu mangsa
Kenyataan itu menjelaskan dua pegawai yang berada di lokasi kejadian itu sebenarnya bertindak pantas memberikan bantuan awal dengan mengawal lalu lintas.

Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat rusuhan
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini, Rabu lepas.

Wak Doyok tegur penampilan lagu raya Aliff Syukri
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen selepas memuat naik video teaser lagu raya terbaharunya.

Enam stesen LRT laluan Ampang - Sri Petaling dihentikan
Bermula 2 April ini, perkhidmatan bas LRT 9 (LRT Hang Tuah-LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek-LRT Bandaraya) akan ditamatkan.

KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan
Fahmi Fadzil berkata ia supaya penyebarannya tidak terus berleluasa mempengaruhi umat Islam dalam negara.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.

Ribut landa kampus UUM Sintok
Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.

Sultan Johor terima menghadap Menteri Pengangkutan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di sini hari ini.

Tular nasi ayam berempah RM15 sebungkus, rakyat makin resah
Tular di media sosial pada Sabtu mengenai tindakan seorang peniaga menjual nasi ayam berempah dengan harga RM15 sebungkus.