Satu per tiga daripada kawah Gunung Agung di Bali yang berdiameter 900 meter dan kedalaman 200 meter kini bertakung dengan lava.
Penilaian itu didedahkan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia dalam satu kenyataan.
“Anggaran tersebut kami peroleh berdasarkan hasil pemantauan imej satelit dan penilaian data seismik, deformasi dan geokimia,” ujar Ketua Mitigasi PVMBG, I Gede Suantika, seperti yang dilapor agensi berita Antara.
Pemantauan itu antara lain menjelaskan mengenai biasan cahaya merah yang boleh dilihat pada asap yang dimuntahkan gunung berapi tersebut.
Cahaya merah itu adalah kerana terdapat takungan lava di kawah Gunung Agung.
“Ini juga menunjukkan bahawa magma di kawah itu masih sangat panas," kata Gede Suantika.
Menurut maklumat daripada portal MAGMA Indonesia, memandangkan sudah berlaku siri letusan sejak beberapa bulan lalu, maka daya julangan magma Gunung Agung tidak terlalu kuat kerana jalur magma menuju ke permukaan sudah lebih terbuka.
Sebarang pergerakan magmatik ke mulut kawah pula menyebabkan kejadian gempa frekuensi rendah.
Laporan terkini juga menyatakan keadaan asap Gunung Agung sudah berkurangan sedikit. Paras kenaikan asap dan debu setakat ini adalah antara 1,500 hingga 2,000 meter dari puncak kawah.
Meskipun menunjukkan penurunan, kemungkinan letusan seterusnya masih ada
“Gunung Agung masih dalam status awas (Peringkat 4). Maka, tidak boleh ada sebarang aktiviti (manusia) dalam radius lapan kilometer dengan peluasan sektoral 10 kilometer di sebelah utara, timur laut dan tenggara, selatan dan barat daya," jelas Gede Suantika.
"Walaupun sekarang secara relatif menurun, kita masih belum boleh menganggap Gunung Agung sudah mereda sepenuhnya," katanya.
Dari kesemua data yang diperoleh, MAGMA merumuskan bahawa aktiviti pelancongan di Bali masih selamat untuk diteruskan selagi tidak melepasi sempadan zon berbahaya.
Agensi
Sat Dec 02 2017
Gunung Agung belum reda sepenuhnya. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Gunung Agung meletus lagi! Abu panas terbang setinggi 5.1 km
Gunung Agung di Bali, dilaporkan meletus sekali lagi dengan penampakkan abu panas setinggi sekitar 5.1 Kilometer dari atas permukaan laut.
Gunung Agung meletus kembali, muntah batu berapi sejauh 2km
Gunung berapi aktif di Bali kembali meletus, memuntahkan lahar dan debu beberapa kilometer ke udara.
Lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai ditutup
Menurut pihak berkuasa, lapangan terbang itu ditutup sejak jam 3 pagi tadi (waktu tempatan) dan dijangka berterusan hingga hari ini.
Tahap keselamatan Gunung Berapi Agung diturunkan
Status keselamatan Gunung Agung di Bali tditurunkan daripada Tahap IV (Awas) kepada Tahap III (Siaga) pada 10 Februari 2018.
Indonesia kecilkan zon berbahaya volkano Gunung Agung di Bali
Agensi vulkanologi Indonesia pada Khamis mengumumkan bahawa zon pemindahan dari kawah gunung berapi itu telah dikecilkan kepada 6 kilometer radius berbanding 8 hingga 10 kilometer sebelum ini.
Kerana kemarahan Gunung Agung
Pengalaman menempuh percutian di Bali semasa ketegangan akibat letusan Gunung Agung.
Operasi AirAsia ke Bali, Lombok pulih
AirAsia meneruskan operasi biasa dari dan ke Bali dan Lombok, dengan persekitaran Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, dijangkakan jelas.
Gunung Agung Bali reda, namun amaran dikekalkan
Amaran Gunung Agung di zon pengecualian dikekalkan pada tahap tertinggi namun Bali diisytihar sebagai selamat.
AirAsia had penerbangan ke Bali
AirAsia kini mengadakan penerbangan terhad pada waktu siang ke dan dari Denpasar, Bali, berikutan juruterbang tidak dapat mengesan sebarang perubahan dalam awan abu pada sebelah malam kerana tidak dap
Penampakan wajah 'manusia' di kepulan asap Gunung Agung
Ketua Data dan Infrmasi Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho @Sutopo_BNPB, terdapat fenomena volcano yang membuat netizen membuat spekulasi mengenai imej tersebut.