Syarikat Apple pada Isnin mengumumkan perisian operasi baru yang akan memudahkan penggunaan di antara peranti mudah alih keluarannya itu dengan komputer Macintosh untuk suatu pengalaman berbeza.

Sistem pengendalian yang diberi nama ‘Yosemite’ serta perisian IOS 8 untuk iPad, iPhone dan peranti iPod ini diumumkan dihadapan 6,000 pemaju di sebuah persidangan di San Francisco.

Dalam ucapannya, Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook berkata teknologi baru ini akan melancarkan penggunaan daripada satu peranti Apple kepada yang lain serta menggambarkannya sebagai ‘satu pengalaman hebat yang tiada tandingan dalam industri’.

Selain daripada sistem operasi kemas kini, syarikat yang berpangkalan di California itu turut melancarkan perisian Homekit untuk peralatan rumah dan Healthkit, iaitu satu perisian untuk menguruskan penjagaan kesihatan seperti mengesan aktiviti seharian penggunanya serta waktu tidur.

Cook turut menumpukan ucapannya kepada pembangunan perisian yang dibentangkan dan menyifatkannya sebagai satu pelancaran perisian terbesar yang pernah diumumkan oleh App Store

Apple turut memperkenalkan pengaturcaraan bahasa yang dikenali sebagai ‘Swift’ dimana ia membolehkan pemaju membuat program yang lebih pantas, moden, selamat dan lebih interaktif berbanding menggunakan pengaturcaraan Objective C.

Berita penuh di sini.