ARAB SAUDI umum akan melancarkan program latihan dengan matlamat menghantar angkasawannya sendiri, termasuk angkasawan wanita, ke angkasa lepas tahun hadapan.
Kerajaan sedang giat mempromosikan sains dan teknologi sebagai sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030 bagi membaik pulih ekonominya dan mengurangkan kebergantungannya kepada minyak.
Pelan itu, yang diperjuangkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, juga menyeru agar integrasi wanita yang lebih besar ke dalam tenaga kerja negara Islam konservatif itu.
Ia dinyatakan Suruhanjaya Angkasa Lepas Saudi dalam satu kenyataan pada Khamis.
Salah seorang angkasawan akan menjadi wanita Arab Saudi pertama menyertai misi ke angkasa lepas mewakili sejarah pertama bagi kerajaan.
Individu Arab atau Muslim pertama yang mengembara ke angkasa ialah Putera Arab Saudi Sultan bin Salman, abang tiri kepada Putera Mahkota dan juruterbang tentera udara yang merupakan sebahagian daripada tujuh anggota kru misi Discovery NASA pada tahun 1985.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Ketua Suruhanjaya Angkasa Saudi dari 2018 hingga tahun lalu, apabila beliau dilantik sebagai penasihat kepada Raja Salman.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai program angkasa terkemuka setelah melancarkan misi ke orbit Marikh pada Februari 2021.
UAE merancang untuk melancarkan rover ke bulan bagi kali pertama pada November.
Jika misi bulan berjaya, UAE dan Jepun akan menyertai barisan Amerika Syarikat, Rusia dan China sebagai negara yang telah meletakkan kapal angkasa di permukaan bulan.
Astro Awani
Fri Sep 23 2022
Putera Arab Saudi Sultan bin Salman menceritakan pengalamannya ketika menyertai kru misi Discovery NASA pada tahun 1985. - Foto AP
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
10 wanita Malaysia tempa nama di peringkat antarabangsa
Berikut adalah senarai 10 wanita Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa.
Misi Artemis ke bulan ditangguh ke 2026
Terdapat banyak komponen yang perlu diuji seperti bateri dan litar yang mengawal sistem hayat penting seperti suhu dan kitaran udara.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rasai pengalaman luar biasa di Pesta Cahaya Sains Angkasa
Lin berkata, setakat ini lebih 50,000 pengunjung sudah melawat ke pesta yang berkeluasan 100 meter persegi itu.
Empat angkasawan kembali ke bumi selepas enam bulan di angkasa - NASA
Selepas kira-kira enam bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dua warga Amerika, seorang angkasawan Rusia dan Emiriah Arab Bersatu telah selamat kembali ke Bumi, menurut NASA pada Isnin.
Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi
Selepas lebih enam bulan bertugas di stesen angkasa lepas, tiga angkasawan China kembali dengan selamat ke bumi pada Ahad.
China sasar jayakan misi manusia mendarat di bulan menjelang 2030
China menyasarkan untuk menyempurnakan misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Rusia hantar angkasawan ke bulan pada 2030
Pada masa yang sama, NASA berharap untuk menghantar semula angkasawan ke bulan menjelang 2025.
Arab Saudi rancang hantar angkasawan wanita ke angkasa lepas
Kerajaan sedang giat mempromosikan sains dan teknologi sebagai sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030.
Angkasawan dengan rekod paling lama di angkasa lepas, Valery Polyakov, meninggal dunia
Valery Polyakov mencatat tempoh selama 437 hari di angkasa lepas bermula 8 Januari 1994.